TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara Bersih

Transparency International Malaysia (TI-M) meminta pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung November ini, dijalankan dalam suasana adil, bertanggungjawab dan bebas daripada politik wang.

Presidennya Datuk Paul Low Seng Kuan berkata ia bagi memastikan calon yang dipilih adalah berdasarkan integriti, kemampuan dan komitmen mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa pengaruh wang.

Lupakan Sahaja Perpaduan Dengan PAS - Zam

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perpaduan Umno dan Pas tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas Barisan Nasional (BN) iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.

"Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi Pas yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing," katanya dalam temubual eksklusif kepada umno-online.com.

Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin

Sultan Selangor diharap tidak membiarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terus bersikap double standard apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak beragama Islam masuk ke dalam masjid, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas pendedahan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyampaikan cek, Mahfuz menempelak sikap membatu dan membisu Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Pm Lee Hadiahkan Najib Foto Dua Bapa Mereka

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini menghadiahkan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sekeping gambar kedua-dua bapa mereka yang menjadi perdana menteri negara masing-masing sebagai memento bila mereka mengadakan pertemuan untuk rundingan bilateral di sini hari ini.

Gambar itu yang diambil pada Januari 1971, menunjukkan Lee Kuan Yew dengan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri Malaysia kedua, bersama Perdana Menteri Britain Edward Heath dan dua yang lain di atas kapal perang Britian, HMS Intrepid.

Jenapala bukan anggota parti- PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaklumkan bahawa Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PKR, bukan lagi ahli parti itu selepas dipecat pada Februari 2009.

Pemakluman itu dibuat Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution lewat petang tadi sekaligus menafikan dakwaan Jenapala yang mendakwa dirinya masih anggota PKR dan merupakan ahli PKR seumur hidup.

Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan Perdana Menteri

Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, malam Isnin untuk menghadiri Rundingan Tahunan Ke-14 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya esok.

Pesawat yang membawa baginda dan rombongan 11 pegawai tinggi kerajaan Brunei tiba kira-kira pukul 7.25 malam.

Baginda disambut oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay.

Malaysia- Singapura Setuju Selesai Isu Bayaran Pembangunan Tanah KTM Di Mahkamah Timbang Tara

Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di republik ini, yang akan dimajukan secara bersama oleh kedua-dua negara, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatan beliau dari Singapura Lee Hsien Loong di Istana di sini hari Isnin menyebut bahawa kedua-dua pemimpin itu bersetuju menyelesaikan isu berkenaan secara baik melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap.

Jaya Supermarket: Dua syarikat binaan, pengarah didakwa esok

Dua syarikat pembinaan dan seorang pengarah salah sebuah syarikat pembinaan terbabit akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, berhubung kes runtuhan Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya pada 28 Mei tahun lepas, yang mengorbankan tujuh nyawa.

Dua buah syarikat berkenaan akan didakwa esok, manakala pengarah syarikat terbabit pula akan didakwa pada 27 September, masing-masing di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menurut kenyataan media Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor hari ini.

Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin usah buang masa

KADANG-KADANG  rasa meluat melihat pertelagahan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Tapi kadang-kadang hendak tergelak pun ada. Ibarat macam 'katak' dengan 'beruk' bergaduh, walhal tiada keperluan pergaduhan antara keduanya wujud.

Katak ketawakan beruk kerana, beruk hanya tahu melompat atas pokok. Katak ketawa kerana mendakwa perjuangan beruk tidak sesuai kerana 'tidak berpijak di bumi yang nyata.'

Manakala beruk pula mentertawakan katak kerana perjuangan katak 'tak sampai ke mana', tidak boleh naik ke atas, hanya melompat-lompat di bawah sahaja.

Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai

Penggunaan gelaran Sultan Muhammad V mula digunapakai dalam upacara rasmi kerajaan hari ini apabila Timbalan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan istilah tersebut dalam perhimpunan bulanan kakitangan Kota Darulnaim pagi ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata dengan pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru bergelar Sultan Muhammad V dalam suasana merayakan Aidilfitri baru-baru ini akan menambahkan lagi kekuatan rakyat dan negeri Kelantan dalam mewujudkan persekitaran Islam yang telah dibina sejak 20 tahun lalu.

Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa menziarahi sendiri keluarga jutawan kosmetik, Allahyarhamuha Datuk Sosilawati Rawiya yang mati dibunuh kejam bersama tiga rakannya minggu lalu.
Nik Aziz yang diiringi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub meluangkan masa-masa kira-kira setengah jam bertemu dengan keluarga allahyarhamuha termasuk bekas suaminya, Buhari Muhammad yang menyambut baik kedatangan mereka.
Mursyidul Am PAS itu turut mengucapkan takziah di atas kematian Sosilawati dan berharap keluarganya bersabar menerima ujian tersebut.
"Saya mewakili rakyat Kelantan mengucapkan takziah kepad keluarga dan mudah-mudahan keluarga arwah bersabar menerima ujian ini.
"Arwah mati teraniaya jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipat gandakan," katanya kepada pemberita di perkarangan rumah arwah selepas pertemuan tersebut.

Najib mungkin terus tunduk pada Singapura

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan bahawa Singapura akan mendapat lebih banyak manfaat dalam rundingan dengan Malaysia.

Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mei lalu menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar pada republik itu yang baginya merugikan negara.

"Apakah kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib akan kalah dalam rundingan kedua hari ini," ujarnya pagi tadi pada Harakahdaily.

Petroleum: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik

Di samping berharap kepada tindakan saman terhadap Petronas, rakyat Kelantan turut diseru berdoa kepada Allah SWT agar hak royalti negeri ini dikembalikan semula.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, biarpun kerajaan negeri sedia maklum dengan campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara, namun yakin kuasa Allah mampu merubah segalanya.

"Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa.

"Memang betul duduk dalam poket kerajaan 'itu', parti itu, tetapi kerajaan itu, hakim itu duduk dalam kuasa Allah SWT," katanya pada satu ceramah di sini baru-baru ini.

Pemuda Umno Ajak Anggota Ziarah Rakyat Sempena Aidilfitri

Pemuda Umno mengajak semua anggota parti supaya meneruskan tradisi berkunjung dari rumah ke rumah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mendekati masyarakat.

Anggota Exconya Hishamudin Yahaya berkata tradisi itu juga boleh digunakan untuk meninjau masalah yang dihadapi penduduk sekaligus berusaha menyelesaikannya dengan kadar segera.

Bekas Timbalan Setiausaha Dakwa Terdapat Salah Guna Kuasa Dalam Pemilihan PKR

Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) S Jenapala Perumal Isnin mendakwa wujudnya salah guna kuasa dan penggunaan jentera kerajaan oleh sesetengah calon yang menawarkan diri pada pemilihan parti itu, yang dijadual November ini.

Beliau berkata terdapat anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri, terutama dari Selangor, yang didapati menggunakan kedudukan mereka, bergerak ke seluruh negara berkempen untuk calon pilihan.

Pihak Bertelagah Dalam Gerakan Pulau Pinang Diminta Selesai Perbalahan Segera

Pihak-pihak yang bertelagah dalam parti Gerakan Pulau Pinang perlu duduk berbincang dan menyelesaikan perbalahan mereka secara baik dengan segera, kata naib presiden parti Datuk Mah Siew Keong.

Beliau berkata kepimpinan parti itu berharap pihak-pihak berkenaan boleh menyelesaikan sebarang perselisihan faham, supaya parti tidak perlu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam masa terdekat.

Nota 'Minta Maaf, Saya Sangat Penat, Selamat Tinggal' Dijumpai Dalam Beg Sandang Teoh

"Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal" antara kandungan nota yang dijumpai pegawai penyiasat di dalam beg sandang milik Teoh Beng Hock, tiga bulan selepas kematiannya.

Jurubahasa mahkamah Tin Chin Kin ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh, berkata terjemahan daripada Bahasa Cina ke Bahasa Melayu itu turut mengandungi luahan perasaan serta permohonan maaf kerana tidak dapat membantu.

Tin kemudian diminta membaca terjemahan keseluruhan nota yang dipercayai ditulis oleh Teoh yang berbunyi seperti berikut:-

Petisyen ketiga bantah pelantikan sultan baru

Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra memfailkan petisyen ketiga di Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendapatkan pengisytihan bahawa pelantikan anakandanya Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan adalah tidak sah.
Dalam petisyen itu, Tuanku Ismail memohon keputusan mahkamah tertinggi itu terhadap dua perkara berkaitan pelantikan Tuanku Muhammad Faris menduduki takhta ketika ketiadaan ayahandanya.

Param Cumaraswamy dari pasukan peguam yang mewakili Tuanku Ismail, berhujah bahawa Tuanku Muhammad Faris - ketika menjadi pemangku raja - tidak mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan negeri atau dalam kedudukan untuk melantik anggota Majlis Perajaan Kelantan.

Dalam dua petisyen sebelum ini - yang difailkan pada 5 Mei dan 22 Jun tahun ini - dijadualkan untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Oktober dan petisyen ketiga dijangka didengar pada masa yang sama.

Program Transformasi Negara, Gagasan 1Malaysia Tarik Minat Pelbagai Kaum Di Pulau Pinang

Perubahan yang sedang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan program transformasi negara dan gagasan 1Malaysia menarik minat rakyat pelbagai kaum di Pulau Pinang untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengundi Melayu, Cina dan India di negeri itu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Pelancaran buku mengenai reform Pakatan di Selangor

Buku yang memaparkan pengalaman reform Selangor yang menyeluruh berikutan pilihan raya umum Mac 2008 yang membawa kejayaan kepada Pakatan Rakyat merampas Selangor dari BN, akan dilancarkan Isnin depan.

Buku bertajuk 'The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor' memuatkan tulisan sumbangan ahli akademik dan penulis terkenal, antaranya Abdul Aziz Bari, Wong Chin Huat, Andrew Khoo, Syed Husin Ali, Tony Pua, Gurmit Singh, Barjoyai Bardai, Fahda Nur, Colin Nicholas, Ong Kian Ming, Ahmad Farouk Musa, Sivin Kit dan Mavis Puthucheary.

Majlis pelancaran buku tersebut akan berlangsung di di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya mulai jam 7.30 malam, anjuran Pusat Pembangunan Penyelidikan dan Maklumat Strategik (SIRD).

Menurut kenyataannya, buku tersebut memaparkan empat aspek teras perubahan – politik, ekonomi, sosial dan budaya.

"Para penulis fokus pada kedua-dua pencapaian dan kesukaran ketika merealisasikan cita-cita Pakatan.

"Buku yang ringkas, padat lagi mudah diperolehi ini wajib dibaca bagi sesiapa yang prihatin terhadap dasar dan politik perubahan Malaysia pada persimpangan yang penting serta genting ini," tambahnya.

Permohonan bukan Muslim jadi peguam syarie 25 Nov

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAWIP) untuk membatalkan permohonan seorang peguam wanita bukan Muslim untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan pada 25 Nov ini.

Pada 19 Mei, Victoria Jayaseele Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar satu keputusan bahawa hanya peguam Muslim dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Dua lokasi rekreasi di Pendang dicemari kencing tikus

Dua lokasi di Daerah Pendang didapati dicemari dengan kuman leptospirosis atau kencing tikus, kata Pengarah Kesihatan Kedah Dr Marzukhi Md Isa.

Sehubungan itu orang ramai diminta supaya tidak melakukan sebarang aktiviti air di kawasan Pendang Lake Resort dan Bukit Perak, katanya.

“Namun Pendang Lake Resort tidak ditutup sepenuhnya, cuma pengunjung tidak digalakkan untuk membuat sebarang aktiviti yang melibatkan air.

“Sampel air yang diambil dan diuji di dua kawasan berkenaan dikesan mengandungi kuman leptospirosis,” katanya.

Beliau juga berkata setakat ini belum terdapat mangsa yang dilaporkan terkena jangkitan kuman berkenaan di dua kawasan tersebut.

Staf BernamaTV nafi anak sulung Sosilawati kekasihnya

Zulkifli (tengah) memerhatikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berbual dengan bekas suami pertama Sosilawati, Buhari Mohamad (kiri) di Gombak hari ini.
Penyampai berita BernamaTV Zulkifli Bujang hari ini menafikan mempunyai hubungan “istimewa” dengan anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

Zulkifli yang mesra dengan panggilan “Zul” menolak dakwaan bahawa dia dan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, menjalin hubungan cinta.

“Itu tidak benar sama sekali. Saya dan Rita (Erni Dekritawati Yuliana) hanya kawan sahaja, lagipun saya memang sudah lama mengenali dengan keluarga Datuk (Sosilawati).

“Saya terkejut apabila ada laporan katakan saya mempunyai hubungan dengan Rita.

Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah

Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau akan membela kuasa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti.
Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata.
"Terlalu kerap saya dengar bisikan mengenai kononnya Datin Seri Wan Azizah bukan ketua sebenar.

"Malah ada pula yang berkata beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan presiden.

Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu

Penggunaan bahasa pasar dalam laman web sosial seperti Facebook dan Twitter telah 'mengancam' penggunaan Bahasa Melayu yang baik di kalangan masyarakat hari ini.

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak Jiso Rutan berkata penularan ragam bahasa pasar seperti bahasa rojak, bahasa SMS, bahasa sembang internet berleluasa dan sukar untuk dibendung di kalangan pengguna laman web sosial.

Kunan dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PENAWAR) melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengutuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan NGO Melayu sebagai rasis dalam memperjuang hak Melayu dan bumiputera.

Presiden PENAWAR Tan Sri Adam Kadir berkata dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu hari ini menuntut Tengku Adnan supaya memohon maaf kepada PERKASA dan NGO Melayu.

Ahli seksologi: Seks penawar terbaik atasi tekanan

Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal.

Dr Narayana Reddy berkata slogan “penyembuhan seksual” di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

Remaja asing putus tangan ditetak di majlis kahwin

Seorang remaja warga negara asing putus tangan kirinya dikatakan ditetak dengan parang dalam satu majlis perkahwinan di sini malam tadi.

Mohd Rais Roslan, 16, dipercayai ditetak ketika cuba melarikan diri ekoran satu kekecohan berlaku di majlis tersebut di Jalan Haji Sundu, Batu 2, kira-kira 11.15 malam.

Dakwaan taktik kotor: Jenapal cabar Anwar, Azmin buktikan bersih

Bekas timbalan setiausaha agung PKR Jenapala Perumal Subaan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali menafikan secara terbuka mereka tidak terlibat dalam elemen-elemen taktik kotor untuk meraih pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan kali ini.

Ini kali pertama PKR mengadakan pemilihan langsung melibatkan hak bagi setiap ahli mengundi.

Beliau yang minggu lalu menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden berkata, terdapat beberapa insiden yang berlaku sepanjang pencalonan parti ini seolah-olah menunjukkan kedua-dua pemimpin tersebut terlibat dalam taktik kotor.

Umno: Pemuda BN jangan campur kemelut PP

Pemuda Umno hari ini meminta semua anggota pemuda parti komponen BN supaya tidak melibatkan diri dalam "konflik" yang berlaku antara parti komponen BN di Pulau Pinang sebaliknya terus mempergiatkan usaha menambah keanggotaan parti masing-masing termasuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi baru.

Anggota Exco Pemuda Umno, Hisyamuddin Yahya berkata sebarang masalah yang timbul seperti biasa akan dapat diselesaikan secara bijak dalam semangat setiakawan BN.

Rais: Rukun Negara hanya didengari tanpa difahami

Lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara akan terus diperjelas dan diperincikan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat memahami intipatinya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata pada masa ini, prinsip Rukun Negara yang mempunyai pautan dengan gagasan 1Malaysia hanya didengari tanpa difahami.

Perkasa desak Najib pecat Setiausaha Agung Umno

Susulan ‘perang kenyataan’ berhubung isu kontroversi Umno dan BN perlu menjauhkan diri daripada Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan orang Melayu itu kini mahu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipecat daripada jawatan setiausaha agung Umno dan BN.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa Presidennya Datuk Ibrahim Ali sudah tentu telah memecat beliau jika membuat kenyataan yang menjatuhkan imej badan berusia dua tahun itu.

Anwar dakwa akaun 1MDB canggah, alami masalah serius

Anwar: Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini?
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menjelaskan sama ada akaun dana 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) tidak dapat dimuktamadkan kerana wujudnya banyak percanggahan.

Anwar juga mendakwa terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan.

“Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut.

Pemasyhuran Sultan Kelantan tak sah, Tuanku Ismail mahu cabar

Peguam-peguam mewakili Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra berkata, pemasyhuran anakanda sebagai Sultan Kelantan yang baru minggu lalu tidak sah dari segi perlembagaan dan akan dicabar di mahkamah.

“Tuanku Ismail Petra masih Sultan (yang sah) dan kami akan meminta campur tangan Mahkamah Persekutuan,” kata Datuk Param Cumaraswamy.

Pelabur masih percaya negeri pembangkang

Walaupun negara mengalami kemerosotan pelaburan asing, negeri pimpinan Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Selangor didakwa terus mampu menarik pelaburan luar .

Menurut Ketua Pengerangan PAS, Idris Ahmad (gambar), pada tahun lalu Kedah berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM1.837 bilion dan Selangor RM7.755 bilion.

"Ini menunjukkan bahawa pelabur masih percaya kepada negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat; dalam masa yang sama kerajaan pusat merungut, pelabur tidak datang kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang," katanya.
Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trilion dalam masa sepuluh tahun - yang mana 92% datang dari pelaburan swasta - pasti menimbulkan kemusykilan tatkala pelabur menjauhi pasaran kita.

Katanya, Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan apabila Malaysia didapati antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik.

Pengarang Utusan penuhi agenda tuan politiknya

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia berpendapat, agenda agenda ketua dan pengarang kanan Utusan Malaysia tidak ada kena mengena dengan kebebasan media, sebaliknya hanya memenuhi keperluan "tuan politik" masing-masing.

Sehubungan itu, Presidennya Hata Wahari berkata, pihaknya menggesa agar pemimpin politik tidak terus menyalahkan akhbar itu, sebaliknya menujukan rungutan serta rasa tidak senang hati mereka kepada Ketua Pengarang Datuk Aziz Ishak secara terus.

Kejutan Ibrahim Ali yang kita tidak terkejut

PERKASA di bawah Ibrahim Ali MP Pasir Mas akhirnya dimalukan oleh Umno. Umno yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini menolak PERKASA yang juga mengaku menjadi hero orang-orang Melayu.

Kedua-duanya yang `menjual nama' Melayu ini bersengketa kerana apa? Jawapannya mudah, mereka bersengketa kerana masing-masing sebenarnya tidak ikhlas membela nasib orang-orang Melayu.

PM di Singapura, bincang isu tanah KTMB esok

Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam ini untuk melakukan lawatan kerja 24 jam ke republik ini.

Perdana Menteri, diiringi oleh isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Changi dengan pesawat khas Malaysia dari Kuala Lumpur.

Najib dijadual mengadakan mesyuarat empat mata dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong di Istana esok.

Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid





Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian Umno-BN dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad

Wang ihsan: Muslihat terbaru Umno serang Guan Eng, kata kerajaan negeri


Kerajaan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat menafikan dakwaan pihak tertentu termasuk Pemuda Umno bahawa pemberian wang ihsan kepada warga emas RM100 setahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia datangnya daripada hasil judi.

Kerajaan negeri juga menganggap ia sebagai muslihat terbaru Umno untuk menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata, pemberian wang tersebut adalah hasil pendekatan jimat cermat yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat sejak mula Mac 2008.

“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta.

Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapan esok


JASIN, 19 Sept — Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.
“Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.

Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI

Tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Wakil BN sokong pinda undang-undang tubuh Kelantan

Kesemua wakil rakyat BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan menyokong pindaan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kelantan berhubung isu Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra dalam persidangan khas 27 September ini.

Ketua Pembangkang yang juga ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pindaan tersebut mesti disokong kerana melibatkan
kebajikan bekas sultan Kelantan itu.