Indonesia larang calon pembantu rumah ke Malaysia, dua negara lain

Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar hari ini melarang calon pembantu rumah negara itu untuk pergi bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu member perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lepas.


Kejadian itu katanya menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap.

“Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.

Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon-calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.

Bagi melindungi keselamatan dan hak tenaga kerja Indonesia, Muhaimin berkata kerajaan Indonesia menetapkan bahawa pasport harus dipegang oleh mereka dan mereka juga diberi cuti pada hari minggu.

Mereka juga juga diminta sentiasa menyelaras dengan kedutaan besar Indonesia atau pejabat perwakilan Indonesia lainnya di negara mereka bekerja.

Beliau turut meminta agensi pekerjaan Indonesia memainkan peranan memperbaiki pengurusan komunikasi antara tenaga kerja Indonesia yang bekerja di luar negera dengan majikan mereka bagi membantu memberi pelindungan yang diharapkan itu.

Kes penganiayaan Winfaedah menarik perhatian Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang berkomunikasi secara terus dengan wanita itu.

Susilo turut meminta kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur agar mengawasi proses undang-undang terhadap Winfaedah yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Winfaedah yang berasal dari Lampung berusia 26 tahun itu dilapor dianiaya dan diperkosa majikannya, dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui 13 September lepas.

Kerajaan Indonesia menghargai tindakan cepat Polis Malaysia menangkap majikan Winfaedah berkaitan dengan kes itu

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:12 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III