Pengetua 'rasis' - MCA cadang anjur protes

MCA tidak berpuas hati dengan pengetua sebuah sekolah menengah di Kedah yang tidak dikenakan sebarang hukuman kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap peljar bukan Melayu pada bulan Ramadan yang lalu.

Ketua MCA Kedah, Chong Itt Chew berkata jika pengetua itu - Ungku Aznan Ungku Ismail, tidak dipindahkan ke sekolah lain, parti itu mungkin menganjurkan protes di depan sekolah berkenaan.

Chong berkata ibu bapa murid-murid terbabit juga telah memohon kepada jabatang pelajaran agar pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani, itu dipindahkan secepat mungkin.

"Kami akan memberikan pihak berkuasa masa yang mencukupi tetapi tidak menolak langkah drastik seperti mengadakan protes di luar pagar sekolah,” katanya.

Namun, beliau tidak dapat mengesahkan bila protes itu akan diadakan.

Setiausaha MCA Kedah, Yong Pau Chak berkata beliau masih memantau keadaan dan berkata pengesahan akan didapatkan untuk mengetahui sama ada Ungku Aznan telah kembali ke sekolah itu selepas cuti Aidilfitri.

"Pendirian kami MCA) tetap tidak berubah, pengetua sepatutnya dipindahkan atau dikenakan hukuman. Jika terbukti dia tetap kekal di sekolah itu, kami akan memikirkan langkah seterusnya,” katanya.

Sementara itu Chong menggesa Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong supaya menghormati permintaan ibu bapa yang anak-anak mereka terlibat dengan kejadian itu yang mahu pengetua berkenaan dipindahkan.

Difahamkan pengetua 'rasis' itu telah kembali ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat mingguan tetapi dia tidak lagi menghamburkan kata-kata berbaur perkauman semasa perhimpunan.

Dia juga dilaporkan telah memohon maaf kepada sekumpulan pelajar semasa mesyuarat khas di sekolah itu beberapa hari selepas kejadian tersebut.

Meskipun Chong berkata permohonan maaf itu dialu-alukan namun kesilapan pengetua itu harus setimpal dengan “kesalahan” yang dilakukannya.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:37 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III