Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan abjad 'MCA' yang dikatakan hanya untuk anggota parti MCA mempunyai kebenaran jika sepucuk surat yang didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dijadikan bukti.
Setiausaha Agung MCA itu menunjukkan surat tersebut kepada pemberita Selasa selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat 'MCA' yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat 'MBY', hanya dikhususkan untuk anggota MCA.
"Saya ada surat ini bertarikh 17 Feb, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat," katanya di sini.
Ditanya mengenai kandungan surat itu, Kong berkata:"Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak."
Surat tersebut yang kemudian diberi kepada pemberita didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan.
Surat itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
Ong dalam laporan akhbar Selasa menafikan desas-desus bahawa beliau telah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat tersebut, bagi dikhususkan kepada MCA.
Diminta mengulas lanjut isu tersebut, Kong yang ditemui selepas jamuan Aidilfitri kementeriannya berkata beliau akan membatalkan arahan tersebut.
"Siapapun tidak berhak menempah nombor untuk MCA. Ia adalah sebahagian nombor pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan JPJ mengikut setiap negeri," katanya.
Nombor Plat MCA: Kong Cho Ha Kemuka Surat Sebagai Bukti
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:40 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 21
(20)
- Ku Nan jawab Perkasa, Penawar: Kenapa saya mesti m...
- Wang judi untuk warga emas', aduan ke SKMM
- Adik Nik Aziz akui terima replika cek RM4 bilion
- Nombor Plat MCA: Kong Cho Ha Kemuka Surat Sebagai ...
- Pengetua 'rasis' - MCA cadang anjur protes
- Lesen peguam suspek dilucutkan tahun lalu
- Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah
- Zam celaru: Selamat tinggal Umno BN
- Umno bertelagah, belia Terengganu terabai
- Bini puaka: Mahasiswa adakan himpunan
- Indonesia larang calon pembantu rumah ke Malaysia,...
- Khalid: Tak kisah wakil rakyat BN masuk masjid tap...
- Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
- Wang ihsan: Pakatan gesa SKMM siasat tohmahan blog...
- Anwar Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan
- PM: Kakitangan awam perlu bersikap terbuka jayakan...
- Ketua Perkasa: Dakwaan perkauman sempit serangan e...
- KJ: Perkasa tiada hak pengaruhi Umno, desak pecat ...
- ADUN Hulu Bernam nafi beri tazkirah, MP Kamalanath...
- Kertas Siasatan Kes Bunuh Sosilawati Diserah Kepad...
-
▼
Sep 21
(20)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment