Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), hari ini mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).
Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.
Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M. Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di sini.
Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lepas.
“Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak.
Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN.
Adun bebas Keshvinder Singh umum sertai PPP
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:35 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 05
(22)
- Siapa di belakang kemenangan Khalid di Kuala Selan...
- Istana buat laporan komplot larikan bekas Sultan
- Umno: 1,000 lagi akan pulangkan wang ehsan
- DUN GALAS : SKRIP YANG SAMA AKAN BERULANG...?????
- PKR tidak kompromi dengan politik ekstrem
- Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA
- Gerakan: Retaknya hubungan guru, anak didiknya
- Galas: Umno belum tunai janji di Manek Urai
- Gempar!!! Ini lah Bukti Guan Eng Menghasut Pelajar...
- Nik Aziz ke Singapura ziarah Lee Kuan Yew
- Nazri: Malaysia bukan ‘banana republic’, RPK selam...
- Zaid Ibrahim: Saya bersikap terbuka, tidak mahu bo...
- Buang bayi: Kerajaan hilang punca, kontang idea
- Multaqa Sultan Sharafuddin 11 Oktober
- CCTV akan kawal 'tetamu' pusat maksiat di Selangor
- Galas: Buruk sungguh Umno layan Razaleigh
- Azizan: BN punca tarif air naik di Kedah
- Adun bebas Keshvinder Singh umum sertai PPP
- TPM: Susu 1Malaysia beri limpahan ekonomi
- Menteri: Siswa tak dihalang sepenuhnya berpolitik
- Shafie Apdal: Umno Kedah kembali mantap
- Penceramah biadap, Umno Besut digesa mohon maaf
-
▼
Oct 05
(22)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment