TPM: Susu 1Malaysia beri limpahan ekonomi

Program Susu 1Malaysia akan memberikan kesan limpahan ekonomi yang lebih meluas dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, berdasarkan kepada keperluan bekalan susu yang banyak menerusi program berkenaan, pembangunan industri tenusu tempatan di peringkat huluan yang lebih terancang bagi pengeluaran susu segar akan dapat dipertingkatkan.

"Di samping itu, industri pemprosesan pembungkusan susu kotak di peringkat hiliran pula akan dapat diperkembangkan," katanya ketika merasmikan Kempen Minum Susu 1Malaysia, peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu hari ini.

Muhyiddin berkata, negara hanya mampu memenuhi empat peratus keperluan susu manakala 96 peratus lagi terpaksa diimport dari New Zealand dan Australia.
Sehubungan itu, beliau meminta Sabah selaku negeri pengeluar susu terbesar negara memperhebatkan industri tenusu bagi menjayakan Program Susu 1Malaysia.

"Saya percaya Sabah mampu mengembang dan memperluaskan industri tenusunya agar dapat membekalkan lebih banyak susu ke seluruh negara. Ini kerana tahap sara diri susu di Sabah melebihi keperluan penduduknya," katanya.

Muhyiddin berkata, Sabah mampu membekalkan 80 juta kotak susu dan 270 juta kotak susu 200 mililiter setahun untuk diagihkan kepada lebih 3.1 juta murid sekolah rendah di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, semua pihak perlu memberi perhatian serius terhadap kualiti susu yang dibekalkan kepada murid bagi mengatasi insiden keracunan makanan di sekolah.

"Kita tidak akan berkompromi dari aspek kualiti dan akan sentiasa memastikan susu yang dibekalkan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

"Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah menyediakan garis panduan pengendalian susu sekolah bagi memastikan keselamatan, pengendalian dan kualiti bekalan susu yang dibekalkan mencapai piawaian yang ditetapkan.

"Garis panduan itu mencakupi aspek jaminan kualiti produk, pengangkutan, penyimpanan di gudang dan di sekolah serta pengagihan kepada murid," katanya.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:26 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III