Nik Aziz ke Singapura ziarah Lee Kuan Yew

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlepas ke Singapura pagi tadi untuk menziarahi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Nik Aziz berlepas dari KLIA  jam 9.45 bersama beberapa orang lagi bagi menziarahi Lee yang sedang mendapat rawatan di hospital ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah baru-baru ini.

Sabtu lepas, isteri beliau Kwa Geok Cho, 89, meninggal dunia selepas sakit sejak sekian lama. Lee yang berumur 87 tahun pada 16 September lepas hingga kini belum  memberikan sebarang ulasan media mengenai kematian isterinya itu.

Lawatan Nik Aziz ini dikira kunjungan balas beliau kepada pemimpin utama Singapura itu selepas kunjungan Lee Kuan Yew ke Kota Bharu beberapa tahun lalu.

Beliau yang sepatutnya berlepas ke Singapura Sabtu lepas terpaksa menangguhkan kunjungannya itu ke hari ini selepas kematian isteri Lee pada hari tersebut.

Wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah yang turut bersama dalam rombongan Nik Aziz ini akan membuat laporan penuh mengenai kunjungan bersejarah ini selepas ini.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:35 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III