Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menganjurkan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Pemerkasaan Ulama Selangor: Cabaran Dakwah Semasa pada 11 Oktober ini di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali (gambar) berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk mencemar Duli bagi menyempurnakan majlis perasmian pada jam 9.30 pagi.
Katanya, multaqa dan seminar bertujuan menghimpun dan memperkukuh ukhuwwah para ulama bagi membentuk satu kerjasama bersepadu dan jaringan pintar di antara ulama dan NGO Islam yang lain.
Ia juga, katanya untuk membentuk permuafakatan yang erat di antara para ulama dan umarak demi kesejahteraan umat Islam di samping menyuntik nafas baru dalam penyampaian mesej Islam, menyatukan hala tuju dakwah serta memupuk kesatuan dan meredakan perbezaan dalam pemikiran.
Beliau berkata, multaqa dan seminar akan disertai oleh mufti atau wakil Jabatan Mufti seluruh negara, para pemegang tauliah penceramah di Selangor, para cendekiawan Islam, para pendakwah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam serta ulama di Selangor.
Kerajaan negeri, katanya amat yakin bahawa dengan kerjasama dan permuafakatan yang erat di antara para ulama mampu untuk menyinarkan kembali kegemilangan Islam sebagai pencetus revolusi tamadun dunia seperti mana yang telah dipelopori oleh para pemimpin Islam sejak dahulu lagi.
“Justeru, penganjuran Multaqa Sultan ini dilihat amat tepat dan sesuai dengan masanya agar keharmonian dan kemakmuran Negeri Selangor terus terpelihara dan dapat dirasai bersama demi persaudaraan sesama Islam,” ujarnya.
Multaqa Sultan Sharafuddin 11 Oktober
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:30 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 05
(22)
- Siapa di belakang kemenangan Khalid di Kuala Selan...
- Istana buat laporan komplot larikan bekas Sultan
- Umno: 1,000 lagi akan pulangkan wang ehsan
- DUN GALAS : SKRIP YANG SAMA AKAN BERULANG...?????
- PKR tidak kompromi dengan politik ekstrem
- Mustaffa Kamil persoal politik 'busuk' PERKASA
- Gerakan: Retaknya hubungan guru, anak didiknya
- Galas: Umno belum tunai janji di Manek Urai
- Gempar!!! Ini lah Bukti Guan Eng Menghasut Pelajar...
- Nik Aziz ke Singapura ziarah Lee Kuan Yew
- Nazri: Malaysia bukan ‘banana republic’, RPK selam...
- Zaid Ibrahim: Saya bersikap terbuka, tidak mahu bo...
- Buang bayi: Kerajaan hilang punca, kontang idea
- Multaqa Sultan Sharafuddin 11 Oktober
- CCTV akan kawal 'tetamu' pusat maksiat di Selangor
- Galas: Buruk sungguh Umno layan Razaleigh
- Azizan: BN punca tarif air naik di Kedah
- Adun bebas Keshvinder Singh umum sertai PPP
- TPM: Susu 1Malaysia beri limpahan ekonomi
- Menteri: Siswa tak dihalang sepenuhnya berpolitik
- Shafie Apdal: Umno Kedah kembali mantap
- Penceramah biadap, Umno Besut digesa mohon maaf
-
▼
Oct 05
(22)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment