Permaisuri Aishah - Part 4
Pada 7hb Jun 2010 ketika aku sedang menikmati nasi goring selepas “skrip reading” filem Momok Jangan panggil aku” bersama artis AF Noni, Ekin dan pendatang baru dalam dunia filem iaitu Babyfaralia sekitar jam 4 petang, aku terima panggilan dari Aishah.
“Abang dimana? Datang jumpa Aishah di Ampang Jaya…bla la bla”
Aku sengaja buka pembesar suara supaya aku boleh makan dengan tenang tanpa genggaman telefon ditangan dan semua rakan-rakan tadi mendengar dengan jelas perbualan kami berdua.
Lebih kurang 3 kali Aishah menghubungi dalam masa setengah jam. Semua yang ada dimeja makan menggeleng kepala kerana nasi goring yang aku makan tidak habis kerana melayannya.
Kalau nak tau lebih lanjut intipati perbualan kami berdua, tanyalah sendiri dengan mereka bertiga.
Dato seri amat terperanjat apabila saya berjaya keluarkan "benda" dari tubuh aisyah! Kenapa dato seri tidak mahu simpan "benda" ini sebagai kenangan atau dibawa kemakmal untuk kajian staintifik dan kongsi bersama hasil keputusannya pada umum! ha...ha...ha...
Tanpa membuang masa saya minta Baby faraliana menghantar saya keampang point kerana kenalan saya yang bernama Ah Kuat menunggu saya disana. Sebaik saja sampai ampang jaya saya hubungi aisyah semula.
“Aisyah dah ada kat wangsa majulah abang. Abang datanglah sini…”
Dipendekkan cerita aku berjumpa dato seri di kedai makan ampang jaya. Kami memesan kaki kambing dan roti boom untuk dinikmati bersama. Dato seri member amaran pada saya agar jangan menghubungi tuanku permaisuri lagi. Tetapi Allah maha kaya, ketika amaran tersebut baru disampaikan tetiba aisyah hubungi saya bertanya kenapa saya tidak datang kekondonya.
Saya beri pelbagai alasan kerana tidak mahu menyinggung perasaan dato seri. Setiap lima minit aisyah hubungi saya supaya tetap datang ke tempatnya.
“Abang tak nak datang pasal papakan? Takpe..aisyah sendiri yang akan handle this matter! Abang datang aja”
Kenangan bersama mama, aishah, saudara muzaffar dan zelmey yang mengetahui banyak rahsia "cinta syyhh" ini.
Saya mohon keizinan dato seri untuk kekondo aisyah. Saya tau dato seri kecewa dan malu dengan saya.
Saya tiada pilihan lain kerana aisyah mendesak supaya segera berjumpa dengannya. Dalam keadaan yang tersepit ketika itu saya sempat mengajak dato seri ikut bersama. Dato seri sempat berpesan agar pertemuan kita bertiga pada malam tersebut dirahsiakan dari pengetahuan aisyah.
Saya bersama Ah Kuat terus kediaman aisyah. Sekitar dua puluh minit kami berdua sampai kedestinasi.
Disinilah aisyah berlari keanakan kerana merajuk dengan saya, Tanah, langit, pokok-pokok, bunga, kayu, pasu bunga, cengkerik dan lain-lain disitu menjadi saksi.Kesnya kecil saja, saya suruh aisyah minta maaf pada ayahnya, tapi dia tak mahu. Tak gitu zelmey?
“Kenapa abang datang lambat sangat?
Adalah seperti amalan biasa, setiap kali aisyah berjumpa dengan saya, beliau akan mengucup tangan dan mencium pipi saya walaupun depan dikhalayak ramai dan disaksikan oleh mama.
Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalannya. Saya bawakan makanan kegemarannya iaitu sate. (lupa nama gerai yang dibeli)
“Aishah dah kenyanglah abang. Takpe, kita beri pada papa saja sate ni”
Mama yang duduk dimeja bulat hanya tersenyum memandang saya. Tetiba dato seri datang masuk kerumah aisyah seperti tiada apa yang berlaku.
Sedang aisyah berbual dengan Ah Kuat tetiba saya terpandang sesuatu disiling.
CCTV?!....
Walaupun sudah banyak kali kerumah aisyah, saya tidak perasan yang alat tersebut dipasang diruang tamu itu.
Seorang sahabat menghubungi saya ditalian bahawa nama bapa aisyah didalam kad ucapan ini tiada pangkat dato seri! Adakah pihak istana terlupa ataupun ....entahlah. dato seri x marahkan? he he
Terdetik didalam hati kecil saya kenapa kondo yang sekecil itu yang hanya hanya satu sofa, television, pemain video, satu alat senaman dan satu set meja bulat perlukan pengawasan sebegitu teruk sekali. Ini bermakna setiap pergerakan aisyah diadalam kondo akan dipantau! Sebelah kiri rumah aisyah adalah kediaman dato seri dan sebelah kanan pula kalau tidak silap didiami oleh kedua adik kandungnya. Tetiba saya teringat semula kata-kata dato seri bahawa aisyah pernah buat panggilan kepada polis bahawa dato seri mengurungnya dan apabila polis sampai dirumah (ampang jaya) dato seri maklumkan kepada anggota tersebut bahawa ini adalah masalah keluarga.
Saya terus ke bahagian depan untuk merokok (seperti biasalah!). Barulah saya sedar selama ini setiap kali saya ingin masuk atau pulang, mama yang akan buka mangga pintu depan gril!
Kediaman aisyah tak ubah macam lokap! Persoalannya kenapa?
Part 5 – Apa yang berlaku diantara aisyah dengan saya di President Suite Mandarin Oriental Hotel pada 6hb Jun 2010?
Sumber : http://uncleseekers.blogspot.com/2010/11/permaisuri-aishah-part-4.html
0 comments:
Post a Comment