Permaisuri Aishah – Part 5

Hampir 95% menyuruh aku supaya segera menyiapkan part 5 dan bakinya memberi teguran agar dihentikan segera kisah “cinta syyhh” ini kerana ianya bukan saja membuka aib permaisuri tetapi diri ku sendiri!
Aku menulis artikel ini di Desire Club kuala lumpur pada 10hb November sambil melayan alunan muzik r&b selepas habis mesyuarat dengan salah seorang anggota paranormal terkenal dari singapura. Beliau meminta aku membongkar satu penipuan terancang anggota paranormal negaranya. Aku memberi jaminan padanya yang aku akan membantunya dalam perkara ini kerana ianya sesuai dengan prinsip aku iaitu “to seek the truth”

Setelah beliau pulang 2 jam kemudian tetiba aku terima sms dan panggilan dari wartawan arus perdana sekitar 11malam bertanyakan aku bagaimana untuk menghubungi aishah. Aku katakan padanya supaya pergi ke wangsa walk sekitar 8 pagi sehinga 10 pagi atau terus hubungi taliannya. Beliau agak kecewa kerana permaisuri tidak membalas smsnya!

Sekitar jam 7 malam ketika aku bersama liza dan adeekseekers berada di plaza GM kuala lumpur ntuk membeli beberapa keperluan peribadi tetiba aku menerima pangglan dari zelmey bahawa aishah telah pun membuat tempahan bilik Presidential Suite Mandarin Oriental Hotel dengan harga kalau tak silap RM28,000 semalam selama 3 hari!

Sedang aku menulis tetiba mata aku terpandang dua orang "gadis biru" sedang menari.Mereka berdua memakai sepasang baju berwarna biru. Seorang cute dan seorang lagi seksi bangat. Aku terkezut awek yang seksi bangat tu punya nasi lemaknya mak ai…menggegar jantung-jantung jantan dalam kelab tu! Yang cute tu bibirnya cantik, hidung mancung, kening berbaris dan matanya agak redup…
Aku minta izin untuk mengambi gambarnya untuk diabadikan dalam cerita ini. Mereka berdua berkata “Why not”
Dipendekkan cerita, apabila saya tiba dilobby hotel aisyah meluru pada saya dan seperti biasa mencium tangan dan mencium pipi dan memeluk saya. Aisyah memperkenalkan pada pekerja hotel bahawa saya adaah suaminya! Saya terkedu dan mulut ini terkunci dari berkata apa-apa!
Beliau terus memeluk dan kami terus ke bangunan sebelah iaitu klcc…
Sebenarnya saya sangat malu diperlakukan sebegitu tetapi mama mengenyitkan pda saya. Saya angguk dan dalam fikiran saya terus mencari helah supaya saya tidak diperlakukan begitu kerana ratusan mata yang melihat aksi tersebut!

Tetiba saya sampai dikawasan tempat jualan pakaian dalam.Saya tidak berapa pasti dimana saya berada ketika itu kerana fikiran saya asyik mencari pelbagai helah supaya tidak dipeluk. Saya rimas! Rimas! Rimas!
“Abang pilihlah untuk saya…”
Mak ai! Aku mana tau saiz dia...Matilah aku malam ni…saya beritau mama bahawa saya tidak pernah pergi ketempat sebegini (sebenarnya kalau saya ada jodoh kali ini, saya sendiri akan pilih pakaian dalam untuk isteriku! Biasalah..kelemahan lelaki dimata..he he)
Selepas mama membeli semua barang keperluan untuk malam tersebut, aisyah menyuruh saya menangkat barang yang dipilih. Saya cakap pada aisyah “sorilah…abang tak pernah buat benda macam ni”

Memanglah aku tak romantik dengan dia sebab warna pakaian dalam yang dipilih langsung tak stim. Hancusss…
“Dalam hati kecilku berkata, “ Sorilah beb, peduli apa aku samada kau permaisuri atau apa, jangan paksa benda yang aku tak suka”
Mama mengenyit mata dan mengangguk kepala padaku. Aku faham maksud mama kerana ianya “cinta syyhh”.
Sampai dikaunter pembayaran sekali aisyah buat hal dihadapan dua orang gadis yang terima pembayaran darinya.
“Kenalkan uncleseekers…dialah suami saya”
Adusss….malunya aku tuhan saja yang tahu tapi nak buat camner…
Sekali lagi aku mencari helah berpura-pura mencari gula-gula dikaunter tersebut…
“Abang nak yang ini ke?”
Aku dah malas nak layan sebab ada pasangan suami isteri yang memerhatikan gelagat kami bertiga.
“Boleh jerlah..”
Setelah pembayaran dijelaskan kami berpegangan tangan keluar sampailah dipintu keluar klcc tersebut tetiba asiyah ditegur oleh seorang lelaki bersama teman-temannya direstoran.
“Tuanku permaisuri…, apa khabar?”
“Baik, kenalkan ini suami saya, unclesekers…”
Aku terkedu sambil bersalaman dengan longlai dengan mereka semua

Aku menjauhkan diri dari kumpulan tersebut sambil aisyah berbual. Selepas itu saya dimaklumkan bahawa orang yang menegur aisyah adalah ketua polis daerah atau negeri atau cawangan mana pun saya tak pasti kerana saya tidak mahu ambil tahu!

Kami terus menuju kehotel dan apabila masuk saja ke pintu hadapan hotel tersebut terserempak pula dengan beberapa kakitangan hotel yang lain dan seperti biasa saya diperkenalkan sebagai suaminya.
“Aisyah…jom arr cepat naik atas”
“ok ok abang”

“Ya Allah, selamatkanlah aku malam ni…”
Bersambung
Nota penting
Kepada sesiapa yang berkenaan, saya bertanggungjawab dunia dan akhirat setiap artikel yang ditulis. Saya bersedia di bawa kemuka pengadilan sekiranya artikel ini berunsur fitnah dari part 1 sehingga part 5 ini. Mungkin terdapat sedikit kesilapan sana-sini kerana artikel yang dibuat ini tersangat ringkas.
Buat aisyah dan mama, harap berterus terang sekiranya ada yang bertanya. Janganlah berbohong kerana diakhirat nanti pasti kita akan dipersoalkan
Buat dato seri - Boleh blah la lu - lu talam dua muka punya olang!
Buat aisyah dan mama, harap berterus terang sekiranya ada yang bertanya. Janganlah berbohong kerana diakhirat nanti pasti kita akan dipersoalkan
Buat dato seri - Boleh blah la lu - lu talam dua muka punya olang!
Sumber : http://uncleseekers.blogspot.com/2010/11/permaisuri-aishah-part-5.html
0 comments:
Post a Comment