ARTIS 2010: KISAH PANAS DAN KONTROVERSI

Kalau tidak ada sesuatu yang hangat dan penuh kontroversi, dunia seni tentu sekali tidak akan bersemi. Namun begitu, di sini disenaraikan untuk imbasan semula kita ke atas episod-episod ini yang kadangkala menggemparkan industri hiburan dalam negara ini.


Tahun 2010 mencatatkan banyak kisah-kisah panas artis seperti berikut:
DADAH
Artis: Benjy (Khaeryll Benjamin Ibrahim)Tarikh: 11 Mac 2010
Penangkapan anak lelaki seniwati Azean Irdawaty, Benjy, 32, mengejutkan ramai pihak. Pelakon itu ditahan reman berhubung dakwaan penemuan dadah yang bernilai RM652,000 di sebuah kondominium.
Pertuduhan tambahan juga dikenakan terhadap Benjy kerana memiliki dadah jenis methamphetamine juga dikenali “syabu” dan memasukkan dadah ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 8.24 pagi, 15 Mac lepas.
Pelakon itu dibebaskan selepas Azean membayar wang jaminan sebanyak RM2,000 namun Benjy ditahan semula kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah.
Pada 8 April lalu, Benjy menfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi supaya dia dibebaskan segera daripada ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
Bagaimanapun Mahkamah Tinggi menolak permohonan pelakon itu dan dia ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Muar, Johor selama dua tahun mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas – LLPK) 1985.
Artis: Saiful Apek (Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff)Tarikh: 13 Jun 2010
Pelawak Saiful, 41, Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja di sebuah apartmen di Subang Jaya, Selangor.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Apek dibebaskan dengan jaminan polis. Akibat tertekan dengan kejadian yang berlaku, Apek hampir membuat keputusan untuk mengundur diri daripada karier seninya.
Artis: Ameng Spring (Wan Aminuddin Wan Ismail)Tarikh: 12 Mei 2010
Penyanyi kumpulan Spring, Ameng dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya, pada awal bulan April. Dia dijatuhkan hukuman dua bulan penjara atau denda RM 4,000.
Ameng membela dirinya dengan menyatakan bahawa dia menjadi mangsa keadaan oleh bekas isterinya, pelakon A.Aida dan suami, sebagai konspirasi.
Kenyataan Ameng membuatkan A.Aida berasa bengang dan dia telah membuka rahsia Ameng yang kerap mengugut pelakon itu. Lantas, A.Aida telah memfailkan kes saman malu terhadap Ameng
SAMAN
Artis: Fahrin Ahmad Tarikh: 26 Januari 2010
Kenyataan bekas kekasih Fahrin Ahmad iaitu Linda Onn yang menuduhnya sebagai kaki pukul, membuatkan Fahrin mengambil keputusan untuk menyaman deejay radio Suria FM itu jika dia tidak membuat kenyataan memohon maaf dalam tempoh masa tujuh hari yang ditetapkan.
Aktor bertubuh sasa itu telah membuat sidang akhbar berkaitan isu tersebut dan telah mengejutkan media yang hadir apabila dia telah menangis kerana terkilan dengan kejadian yang berlaku.
Bagaimanapun, Linda enggan meminta maaf dan akan tidak kisah jika dirinya disaman dan bersedia untuk bertemu dengan aktor tersebut di mahkamah.
Setelah mendengar nasihat daripada para penggiat seni, Fahrin menarik balik kes tersebut.
Artis: Nabil Raja Lawak (Ahmad Nabil Ahmad) Tarikh: 24 Februari 2010
Pelawak Nabil, 27, hampir disaman kerana mencemuh filem lakonannya,Lu Pikirlah Sendiri The Movie.
Penerbit filem tersebut, SDAF Pictures ingin menyaman Nabil sebanyak RM2 juta melalui syarikat guaman Hing & Alvin Advocate & Solicitor
Kes saman tersebut ditarik balik atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
KHALWAT
Artis: Aman Shah Tarikh: 16 November 2010
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Tak Seindah Yang Diucapkan, Aman Shah, telah ditangkap khalwat bersama pasangannya, iaitu seorang janda anak dua di Presint 15, Putrajaya. Ketika ditangkap, Aman Shah memberikan alasan mengunjungi wanita tersebut sempena Hari Raya Aidilfitri.
Penyanyi itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dan minta dibicarakan. Manakala, pihak Jabatan Agama islam Wilayah (Jawi) dan pendakwa raya telah bersedia mengemukakan fakta yang berkaitan dengan kes khalwat ini dan akan dibicarakan pada Januari tahun depan.
MASALAH RUMAH TANGGA
Artis: Rita Rudaini Tarikh: Sejak Februari 2008 hingga sekarang
Kisah masalah rumahtangga pelakon Rita Rudaini, 32, dan bintang bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak,23, tidak pernah surut sejak pasangan itu berkahwin di Songkhla, Thailand.
Rita menjelaskan bahawa pergolakan rumahtangganya berlaku akibat campur tangan pihak ketiga iaitu keluarga Aidil sendiri yang kononnya cuba meleraikan ikatan perkahwinan mereka.
Hal ini membuatkan keluarga Aidil tidak senang dengan kenyataan Rita dan memberitahu sebenarnya Rita yang enggan berbaik semula dengan keluarga tersebut.
Kemudian Aidil menfailkan dua tuntuan iaitu hak penjagaan anak sulung mereka, Aidit Rayyan Rizqin dan perintah isteri kembali taat (nusyuk). Tindakan Aidil yang tidak dijangka itu membuatkan Rita terkilan dengan perbuatan suaminya itu.
Sehingga kini, pasangan itu belum menemui penyelesaian.
Artis: Jimmy Shanley (Jimmy Shanley Norjahan Saleh)Tarikh: 17 Disember 2010
Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah lagi.
Pasangan tersebut mengambil pendekatan itu apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka. Difahamkan buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor dan pasangan tersebut dikatakan dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu mereka.
Jimmy dan Suhaila turut mendapatkan khidmat  kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.
GADUH
Artis: Ammar Alfian AzizTarikh: 12 Mac 2010
Pelakon Tari Tirana, Ammar, meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial Facebook pada Jumaat, 5 Februari 2010, dengan melemparkan kata-kata kesat dan ugutan bunuh kepada wartawan hiburan Malaysia di Facebook. Ammar tidak berpuas hati dengan sikap jurugambar yang meminta kekasih hatinya, Puteri Sarah Liyana bergambar bersama Nabil semasa preview filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie.
Keberanian Ammar akhirnya memakan diri apabila dia diboikot oleh wartawan hiburan. Setelah diberi kaunseling oleh aktor Zed Zaidi selaku Biro Seniman Muda, artis bermasalah itu akhirnya akur dengan kesilapannya dan menuntut maaf kepada wartawan hiburan melalui sebuah sidang akhbar khas yang bertempat di Dewan Kelantan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Artis: Johan Raja Lawak (Mohd.Yazid Lim Mohamad Aziz)Tarikh: 13 Mei 2010
Pelawak, Johan Raja Lawak, 26, cedera di muka sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dibaling dengan gelas kaca oleh seorang pengarah drama, Javerd Nizar dalam satu pertengkaran di sebuah restoran di Taman Sri Pulai, Sikamat, Seremban. Kejadian itu berlaku sewaktu Johan dan Javerd sedang berbincang mengenai sebuah projek drama yang membabitkan mereka berdua dan bagaimanapun ia bertukar menjadi sebuah pertelingkahan. Tindakan mengejut Javerd yang membaling gelas tepat ke muka Johan memebuatkan pelawak itu mengambil tindakan menuntut ganti rugi RM1 juta dan Javerd dituntut agar meminta maaf secara terbuka.
Bagaimanapun Javerd telah mendiamkan diri dan Johan nekad untuk meneruskan saman terhadap pengarah itu.
Artis: Erma FatimaTarikh: 23 Oktober 2010
Penulis buku kisah Natrah, Fatini Yaacob dikatakan kurang menyukai karya pengarah Erma Fatima, 40, bagi pementasan teater Natrah tahun lalu. Fatini tidak suka apabila Erma telah menonjolkan salib besar dalam beberapa babak pada teater tersebut dan ia dikatakan agak negatif untuk ditonton umum. Kerana menerima kritikan berterusan, Erma hampir menarik diri daripada mengarahkan musim kedua teater tersebut dan kenyataan itu mengejutkan para pelakon yang sedang dalam latihan serta pihak Istana Budaya.Selepas beberapa hari, pengarah itu menyedari dia tidak patut membiarkan pihak produksinya terkapai-kapai kerana tindakan yang dibuat itu.
CINTA/ KAHWIN
Artis: Zizie Ezette  Tarikh: 20 April 2010 Selepas kontroversi perkahwinan rahsia aktres Zizie Ezette dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar teratas), pada tahun lalu, pasangan itu menyambung kontroversi mereka apabila kedua-dua mereka mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur kerana berpoligami tanpa izin mahkamah. Bagaimanapun, pasangan itu hanya dikenakan bayaran denda oleh pihak mahkamah.
Artis: Nabil/ Irma Hasmi/ UqashaTarikh: Oktober 2010
Setelah dua tahun menyulam cinta, aktres Irma Hasmie nekad membuat keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan pelawak Nabil akibat kecurangan Nabil yang berjaya dihidu Irma. Kemudian, selepas beberapa hari kenyataan putus cinta Irma, muncul pula gambar-gambar mesra Nabil dan Uqasha yang tersebar di internet termasuklah gambar bercumbuan yang dikatakan mirip wajah mereka. Bagaimanapun Nabil menegaskan bahawa, Uqasha tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya Uqasha merupakan kenalan baru Nabil.
Artis: Fasha SandhaTarikh: 1 Julai 2010
Aktres kontroversi, Fasha Sandha, 26, akhirnya mengaku bercinta dengan bekas suami pelakon popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata. Pasangan itu mula menjadi pasangan kekasih selepas peristiwa Rizal atau dengan panggilan nama Jejai membuat kejutan dengan datang ke set penggambarannya di Pulau Lang Tengah, Terengganu menaiki helikopter pada 17 Mei 2010. Pengakuan itu diumumkan selepas Jejai dikatakan menerima gangguan SMS daripada aktres Tiz Zaqyah yang mengajaknya keluar sekitar jam 4 pagi. Perselisihan faham antara Fasha dan Tiz dapat dihidu pihak media selepas Fasha menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu di laman Twitter miliknya.
Artis: Ayu OIAM (Norayu Damit)Tarikh: 23 April 2010
Juara One In A Million (OIAM) kedua, Ayu, 21, mengaku telah berkahwin dengan seorang duda, Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23, pada awal tahun lalu dan kini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Nashrul Haikal. Kehilangannya hampir setahun dari industri hiburan tanah air dikatakan Ayu hamil anak luar nikah tetapi Ayu menjelaskan dia senyap daripada kariernya kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan anaknya.
FILEM/TEATER
Artis: Dr. Rozmey (Datuk Dr Che Rozmey Che Din)Tarikh: Awal tahun 2010
Sejak kontroversi filem pertama penerbit filem 2 Alam, Dr. Rozmey (gambar kiri), 42, yang dikatakan siap separuh jalan gara-gara penyingkiran pengarahnya, Hairie Othman dan digantikan dengan pengarah lain, ada saja kenyataan tidak logik yang dibuat oleh Dr. Rozmey yang juga merupakan tauke produk kurus badan, Jus Mate. Pada mulanya penerbit itu meletakkan sasaran luar biasa terhadap filem sulungnya, 2 Alam untuk mencapai kutipan sebanyak RM12 juta. Malah dia turut mengatakan bahawa dia tidak memerlukan Finas untuk menayangkan filemnya itu di pawagam. Bagaimanapun dia terpaksa akur dengan segala prosedur yang telah ditetapkan oleh Finas tentang hal-hal berkaitan dengan wajib tayang.
Kemudian, Dr Rozmey menukar sasarannya bahawa filem sulungnya itu akan berjaya meraih kutipan sebanyak RM40 juta. Namun, selepas tayangan 2 Alam bermula dari 18 November lalu, kutipan filem tersebut hanya mampu mencapai RM430,000 dan sejak itu, Dr rozmey terus mendiamkan diri.
Artis: Fauziah Nawi Tarikh: 28 Sepetember 2010
Filem kisah hidup primadona Zaiton Sameon berjudul Zaiton-Ceritakuarahan Fauziah Nawi yang sudah siap penggambarannya dikatakan tidak berkualiti dan gagal memenuhi kriteria sesebuah filem oleh penerbit filem tersebut, Burhanuddin Md Radzi.
Pengarah Urusan Bruang Filem Sdn Bhd memberitahu dia kecewa dengan mutu pengarahan Fauziah Nawi (gambar) dan berhasrat melakukan penggambaran semula keseluruhan filem berkenaan. Bagaimanapun, Fauziah terus menyiapkan suntingan filem Zaiton-Ceritaku biarpun didakwa tidak berkualiti oleh penerbitnya
Artis: Zizan Nin Tarikh: 10 Disember 2010
Pelakon Zizan Nin tidak ditawarkan menyertai pementasan teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim kedua selepas pihak pengurusannya dikatakan menuntut bayaran yang tidak munasabah iaitu sebanyak RM40,000 untuk membawa watak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Penerbit teater muzikal itu, Siti Rohayah Attan berkata, pihaknya terkejut apabila syarikat pengurusan artis tersebut, Aquila Emas, meminta bayaran sedemikian yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Zizan, Aquila Emas Sdn Bhd, memberi alasan pihaknya meminta bayaran setinggi itu kerana mahu menolak tawaran itu atas beberapa sebab.
Selain itu, pihak produksi teater muzikal itu mengeksploitasi Zizan dengan menjual poster, cekera padat lagu dan buku autograf teater yang pertama tanpa memberikan apa-apa royalti kepada pelakon itu.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:40 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III