RM22 juta dan RM6 juta kos baikpulih dibazirkan begitu saja …

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009

Pengurusan Kapal Latihan Paus Institut Perikanan Malaysia (IPM), Chendering, Terengganu
         i.            KL Paus yang dibina dengan kos RM22 juta tidak digunakan kerana tiada tenaga pengajar dan sering mengalami kerosakan dan kerja pembaikan mengambil masa yang lama.
       ii.            Kos penyelenggaraan/baik pulih/emolument/bahan api/claim = RM6.12 juta

      iii.            Bagi tempoh 3 tahun, sejumlah RM 4.32 juta telah dibelanjakan untuk tujuan penyelengaraaan kapal.
     iv.            Tempoh 2007-2009, sejumlah RM 846, 721 dibelanjakan untuk penggunaan bahan api di mana generator perlu dihidupkan setiap malam. Kos bahan api setiap perjalanan refill di Kuantan = RM 24,000.
       v.            Sejumlah RM 953, 968 dibelanjakan untuk emolument dan elaun anak kapal KL Paus
 SEJARAH
Bagi tujuan latihan, Jabatan Perikanan Malaysia (Jabatan) telah menyediakan 5 kapal yang terdiri daripada 2 kapal pukat jerut (satu untuk zon pantai dan satu untuk laut dalam) dan 3 kapal pukat tunda. Sehingga kini, hanya 2 kapal pukat jerut yang masih beroperasi dan 3 lagi kapal pukat tunda telah dilupuskan kerana telah uzur dan berusia lebih 25 tahun. Kapal pukat jerut laut dalam dinamakan sebagai Kapal Latihan Paus (KL Paus). Ia dibina oleh Malaysia Shipyard & Engineering, Pasir Gudang, Johor dengan kos berjumlah RM22 juta dan telah diserahkan kepada Jabatan pada bulan Oktober 1992 serta didaftarkan di Pelabuhan Klang, Selangor.
Tujuan perolehan KL Paus adalah untuk melatih nelayan laut dalam khususnya dalam bidang penangkapan ikan tuna dengan pukat jerut dan menjalankan penyelidikan dalam bidang biologi dan sumber ikan tuna serta oceanographysupaya dapat membangunkan industri tangkapan ikan tuna di Malaysia. Gambar berikut menunjukkan Kapal Latihan Paus:
 
 KELENGKAPAN
 Kapal ini mempunyai enjin Yanmar dengan keupayaan 2,800 HP, beratnya 684 tan, berukuran panjang 51 meter, lebar 9.1 meter dan draft 6 meter. Ia mampu memuatkan 125,000 liter minyak diesel, 150 tan air tawar dan 100 tan tempat simpanan ikan. Selain itu, KL Paus juga dilengkapi dengan peralatan pelayaran dan teknologi penangkapan ikan laut dalam yang moden seperti sonar, global positioning system, gyro compass, 2 pukat jerut, sistem kren untuk menurun/ menarik semula pukat serta sebuah skip boat untuk menarik pukat jerut. Di samping itu, ia juga dibekalkan dengan peralatan kajian bagi tujuan penyelidikan seperti acoustic echosounder.
 PENEMUAN AUDIT

v  Kerajaan tidak mendapat value for money daripada KL Paus kerana ia tidak digunakan secara optimum untuk tempoh tahun 2007 hingga 2009 sungguhpun kos perolehan dan penyenggaraannya adalah tinggi. Kapal ini tidak digunakan secara optimum kerana ia sering kali rosak, kerja pembaikan mengambil masa yang lama dan kekurangan kakitangan serta kepakaran untuk membolehkannya beroperasi.
 v  Pada peringkat awal, operasi KL Paus dikendalikan oleh 22 orang anak kapal yang terdiri dari seorang Master Fisherman selaku kapten kapal dari negara Jepun dan 5 kakitangan kontrak lain dari Jepun, Ghana dan Romania. Semakan Audit mendapati penggunaan KL Paus untuk latihan tangkapan ikan tuna telah diberhentikan pada tahun 2002 sejak kontrak kakitangan luar negara ditamatkan dan tiada tenaga pengajar yang berkebolehan dalam bidang tersebut terutama dalam teknik menggunakan pukat jerut.
 v  Berdasarkan Laporan Tahunan Pergerakan KL Paus, kapal ini hanya digunakan selama 137 hari (12.5%) dalam tempoh 3 tahun (2007 hingga 2009) untuk tujuan latihan dan kajian. Daripada jumlah hari tersebut, hanya 66 hari digunakan untuk menjalankan kursus dan 71 hari untuk tujuan kajian, pengisian minyak dan aktiviti lain.Manakala untuk tempoh 494 hari (45.11%) yang lain, kapal tidak dapat digunakan kerana disenggarakan/baik pulih dan selama 464 hari (42.3%) lagi, kapal tersebut hanya berlabuh di Pulau Kapas, Kuala Terengganu atau Lumut, Perak tanpa sebarang aktiviti. Pada pandangan Audit, tahap penggunaan kapal ini adalah rendah kerana lebih daripada 80% masa berada di limbungan untuk kerja-kerja penyenggaraan/baik pulih dan berlabuh
 v  Ketiadaan tenaga pengajar yang pakar dalam bidang penangkapan ikan menggunakan pukat jerut sejak tahun 2002 telah mengakibatkan kerosakan peralatan dan kemudahan teknologi akibat daripada begitu lama tidak digunakan.
 o   Semua peralatan penangkapan ikan termasuk sistem kren untuk operasi turun/naik pukat telah rosak dan tidak berfungsi. Didapati sebatang tiang telah dipasang bagi menahan kren tersebut daripada jatuh.
Kapal KL Paus - Tiang Dipasang Untuk Mengelak Kren Daripada Jatuh(09.03.2010) – Foto atas kiri
Kapal KL Paus - Alat Kawalan Kren Yang Tidak Berfungsi (09.03.2010) – Foto atas kanan
 o   Skip boat telah rosak dan diletakkan berhampiran bangunan stor Institut Perikanan Malaysia (IPM)

Institut Perikanan Malaysia, Chendering - Skip Boat Yang Rosak TerletakBerhampiran Bangunan Stor (30.03.2010) – Foto bawah kiri
 o   2 set pukat jerut disimpan di dalam 2 kontena yang terletak di laluan masuk ke Kompleks Kuarters Jabatan Perikanan Langkawi dan dibiarkan tidak terurus seperti dalam gambar di bawah. Lokasi menempatkan pukat ini telah menyebabkan halangan kepada kakitangan yang hendak keluar masuk kompleks tersebut.           
Kompleks Kuarters Jabatan Perikanan Langkawi - Pukat Jerut Yang Tidak Digunakan Disimpan Di Dalam 2 Buah Kontena 23.02.2010) – Foto bawah kanan
 o   Beberapa komponen peralatan untuk pukat seperti rantai dan gelang pukat tidak dapat dipastikan sama ada mencukupi, hilang atau rosak kerana rekod berkaitan tidak diselenggarakan. 
v  Kos Operasi Dan Pengendalian KL Paus
 o   Kawalan keselamatan dititikberatkan semasa kapal berlabuh seperti mana kapal berlayar. Oleh itu, anak kapal KL Paus yang berpejabat di IPM Chendering, Terengganu perlu ditugaskan di atas kapal untuk tujuan kawalan keselamatan walaupun semasa kapal berada di Limbungan Pasir Gudang atau Lumut untuk tujuan penyenggaraan/baik pulih. Bagi tempoh 3 tahun (2007 hingga 2009), sejumlah RM4.32 juta telah dibelanjakan untuk tujuan penyenggaraan/baik pulih kapal serta tuntutan perjalanan anak kapal.
KOS PENYENGGARAAN/BAIK PULIH DAN TUNTUTAN PERJALANAN
BAGI TEMPOH TAHUN 2007 HINGGA 2009

 
PEJABAT PEMBAYAR/
BUTIRAN
 
PERBELANJAAN PENYENGGARAAN/
TUNTUTAN PERJALANAN
(RM)
 
JUMLAH
(RM)
200720082009
Pejabat Limbungan Perikanan Pelabuhan Kelang, Selangor79,185-970,7861,049,971
Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia2,799,816--2,799,816
Institut Perikanan Malaysia-44,75688,965133,721
Kos Tuntutan Perjalanan Bagi Anak Kapal KL Paus159,08350,284122,296331,663
JUMLAH (RM)3,038,08495,0401,182,0474,315,171
 o   Pihak Audit dimaklumkan bahawa semasa KL Paus berlabuh, generator perlu dihidupkan sepanjang masa bagi tujuan keselamatan di laut dan penjagaan alat-alat elektronik atau semasa kerja-kerja penyenggaraan/baik pulih dan penggunaan bahan api (diesel) untuk generator adalah berjumlah hampir 500 liter sehari. Bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009, sejumlah RM846,721 telah dibelanjakan untuk penggunaan bahan api. Ini bermakna secara puratanya, kos penggunaan bahan api adalah berjumlah RM773 sehari.
 o   kos operasi dan pengendalian KL Paus yang terdiri daripada kos penyenggaraan/pembaikan kapal, bayaran emolumen, tuntutan perjalanan dan kos bahan api berjumlah RM6.12 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 (RM2.04 juta setahun) tidak membawa nilai pulangan terbaik (value for money) memandangkan KL Paus hanya dapat digunakan pada puratanya 46 hari dalam setahun.
 o   Berdasarkan daftar yang diselenggarakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, kapal penangkap ikan yang paling besar di Malaysia adalah berkapasiti 200 tan sahaja. Memandangkan kapasiti KL Paus iaitu 684 tan telah melebihi kapasiti tersebut, ia tidak boleh berlabuh di jeti IPM, sebaliknya perlu berlabuh di Pulau Kapas yang terletak 5 batu nautika dari IPM. Selain itu, bagi tujuan pengisian bahan api, KL Paus terpaksa berlayar ke Pelabuhan Kuantan kerana tiada pelabuhan yang cukup besar di Terengganu. Semakan Audit mendapati kos bahan api bagi setiap perjalanan pergi balik dari IPM ke Pelabuhan Kuantan adalah berjumlah RM24,000.

RINGKASAN ANGGARAN PERBELANJAAN  (PEMBAZIRAN) YANG SEPATUTNYA BOLEH DIELAKKAN

PERKARAPEMBAZIRAN (RM)
Beli kapal KL Paus22,000,000
Kos penyelenggaraan/baik pulih kapal4,320,000
Duit minyak generator846,721
Emolument, elaun anak kapal953,968
JUMLAH28,120,689

*Perbelanjaan ini tidak termasuk kerugian pukat , dan peralatan-peralatan atas kapal yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan lagi serta kos bahan api pergi balik dari IPM ke pelabuhan Kuantan iaitu sebanyak RM24,000 setiap kali.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:37 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III