SENAMROBIK- MAIS PANGGIL NAZIR MASJID

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilaporkan akan memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya di Balakong untuk memberikan penjelasan mengenai satu program senamrobik yang dianjurkan di perkarangan masjid tersebut baru-baru ini (gambar). Nazir tersebut berkemungkinan diminta menjelaskan tentang kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang dikatakan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat.

Timbalan Setiausahanya, Abdul Halem Hapiz Salihin memaklumkan mengenai perkara ini kepada media tertentu sahaja iaitu Utusan Malaysia. Pihaknya ingin mengetahui penjelasan mengenai tindakan Nie Ching tersebut yang tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid tersebut.
Bagi pihak MAIS, mereka berasa kesal kerana Nie Ching tidak mengambil iktibar daripada teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini terhadap kelakuannya yang memasuki surau di Serdang sebelum ini. MAIS kini menyifatkan wakil rakyat itu sebagai tidak menghormati baginda.
Pihak MAIS hanya akan melakukan tindakan selanjutnya selepas selesai siasatan dengan penjelasan nazir dan proses-proses siasatan lain.
MAIS mendakwa bahawa sebelum ini pihaknya sudah menjelaskan isu adab masuk ke dalam masjid dan kawasan sekitarnya dengan pemakaian sopan dan menutup aurat.
MAIS sekali lagi mengingatkan pemimpin kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di sesuatu kawasan seperti Nie Ching perlu peka dengan adab dan peraturan. Malah, sikap pihak masjid dan orang Islam yang bersamanya ketika senamrobik itu juga dikesali kerana tidak menegur beliau.
“Perkara yang lebih kita kesalkan mengapa pihak masjid atau orang Islam yang bersamanya ketika itu langsung tidak menegur kelakuan beliau,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Abdul Halem lagi, MAIS tidak ada masalah dengan  melakukan aktiviti -aktiviti seperti senamrobik di pekarangan masjid tetapi apa yang dilakukan biarlah mematuhi adab termasuklah memakai pakaian yang sesuai.
Kontroversi dan ketegangan antara MAIS dan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bermula pada bulan Ogos lalu apabila Nie Ching didakwa menyampaikan “tazkirah” di dalam sebuah surau di Kajang Sentral. Namun begitu, jawatankuasa surau berkenaan menafikan Nie Ching menyampaikan tazkirah.
Walaubagaimanapun, demi menghormati situasi, Nie Ching memohon maaf di atas perbuatan tersebut walaupun beliau hadir untuk memberi sumbangan.
Namun begitu, Nie Ching tetap akan memenuhi undangan pihak masjid dan surau di dalam kawasan beliau di masa hadapan dan menuduh laporan Utusan Malaysia yang merupakan akhbar milik Umno  itu sebagai berniat jahat

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:45 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III