hli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoal bentuk saman ekor yang baru dengan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.
Katanya, dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan menjelaskan, urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.
"Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.
"Tetapi syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu itu hari ini.
Menurut sistem ini, AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.
Mahfuz berkata enam juta saman yang dikeluarkan, seperti disebut dalam parlimen baru-baru ini, sejumlah 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.
"Itu baru enam juta saman, (berapa) kalau 10 hingga 14 juta saman. Maknanya, saya tidak nampak bagaimana hendak mendidik rakyat (untuk) mencapai 'zero' saman.
"(Maknanya) saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu)," katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan kontrak pengendalian kepada Beta Tegap dan Commercial Circle sebelum pindaan RUU itu diluluskan.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS, turut mempertikaikan masalah saman ekor yang dikekalkan dalam pindaan undang-undang itu terutama sekali kepada pesalah trafik yang telah disenaraihitam.
"Walaupun mahkamah memutuskan tidak boleh disenaraihitam, tetapi akta ini, masih mengekalkan penyenaraihitam," katanya sambil mendakwa amalan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan berhubung kebebasan menggunakan harta milik sendiri.
Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:24 AM Kategori:
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
December
(273)
-
▼
Dec 24
(18)
- Ratu Elizabeth II Jadi Tumpuan Hormati Ajaran Isla...
- Ratu Elizabeth II Jadi Tumpuan Hormati Ajaran Islam
- 1Malaysia Tertipu - Harga Minyak Malaysia Termahal...
- Sokongan Melayu Terhadap PR Di Pulau Pinang Merudum
- BUKTI RAJA MELAYU DIHINA TUN.MAHATHIR ( PART 3 )
- BUKTI RAJA MELAYU DIHINA TUN.MAHATHIR ( PART 2 )
- BUKTI RAJA MELAYU DIHINA TUN.MAHATHIR ( PART 1 )
- TERJAH BN / UMNO - SOAL RASUAH
- Ulama Pewaris Para Anbiya VS Ulama Cari Makan....
- Senibina Putrajaya Berkonsepkan Freemason?
- Belanja Najib ke Luar Negara RM9 juta ???
- Surat Terbuka Bekas Pegawai Kanan Polis PDRM, Mat ...
- 100 Tingkat Beza Dengan 100 Keluarga
- Bajet RM1.887B: Apa Rakyat Terengganu Dapat?
- Kebebasan Asasi & Kewarganegaraan
- Mahfuz persoal swasta kendali 6 juta saman ekor
- Pengarah JAIS ditukar jabatan?
- JAIS cadang wujudkan pusat tahanan ajaran sesat
-
▼
Dec 24
(18)
-
▼
December
(273)