Ratu Elizabeth II Jadi Tumpuan Hormati Ajaran Islam ( 2 )

Ratu Elizabeth II jadi tumpuan


Beberapa keping gambar Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.

Baginda juga membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.


Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Berikut di siarkan lagi gambar-gambar yang diperolehi dari BBC.

Ratu Inggeris Elizabeth II dan Putera Philip berkunjung ke masjid diiringi oleh Putera Sheikh Mohamad bin Zayed al-Nahayan.


Kunjungan ke Masjid Agung Sheikh Zayed diiringi juga oleh sejumlah anggota keluarga Kesultanan Emirat Arab


Sebelum memasuki ruangan utama masjid, Ratu Elizabeth memasuki ke sebuah sudut untuk membuka kasutnya


Di dalam masjid, Ratu Elizabeth menyaksikan dengan seksama sejumlah anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran


Pengiring dari Emirat Arab mengiringi Ratu Elizabeth mendengarkan anak-anak sedang membaca ayat-ayat suci Al Quran


ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:02 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III