Najib-pilihanraya getir

The Star 3hb Disember 2010, Najib memaklumkan bahawa pilihan raya ke 13 nanti merupakan pilihan raya yang amat getir buat BN.  Sungguhpun ada petanda baik untuk BN tetapi ini tidak boleh diambil mudah. Ini akan menentukan kedudukan dan kelangsungan BN dan UMNO sebagai sebuah parti ulung memerintah negara ini. Pesanan ini tidak seharusnya diambil mudah oleh ahli UMNO khususnya kepimpinan UMNO yang dipertanggungjawab untuk memastikan perjuangan BN/UMNO terus unggul. Mereka harus sedia melihat semua kemungkinan dan dalam pertembungan hebat hari ini, kepimpinan yang terperangkap  dalam cara dan budaya lama akan tewas. 

Hari ini masih ada kepimpinan UMNO yang menjadi peneraju perjuangan BN masih terperangkap dalam sistem dan budaya lama bila berhadapan dengan pembaharuan dalam corak perjuangan yang dibawa oleh pembangkang. Kita lihat cara dan pertembungan khususnya dalam isu ketuanan Melayu. Ini adalah satu perangkap yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat kepada BN dan UMNO. Cara kita berdepan dengan isu ini penting agar kita tidak terperangkap dengan keadaan yang ada dalam BN sendiri. 

Kita harus berdepan dengan isu ini dengan lebih baik lagi dan tidak terikat dengan budaya lama serta pemikiran lama. Kita tidak seharusnya membawa perjuangan Melayu ini kepada cara Pakatan Rakyat memperjuangkan isu. Kita turun berdemonstrasi untuk menentang apa yang dibawa oleh Pakatan Rakyat khususnya kenyataan Wan Azizah Wan Ibrahim mengenai ketuanan Melayu tetapi jangan sampai mesej lain di terima oleh gabungan dalam BN dan kaum-kaum lain di negara kita ini. Kita perlu ambil langkah yang lebih berkesan selain dari turun berdemonstrasi. 

Kita perlu sedar – isu kerakyatan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat turut ada sewaktu berdemo. Mereka juga berdemo untuk kenaikan harga dan isu-isu lain minyak dan air. Mereka menyentuh tepat pada rakyat. Kita lihat apa yang akan berlaku dalam senario terdekat hari ini. Mereka akan berdemo untuk mengembalikan hak air kepada rakyat , katanya. Kita pula akan berdemo sebab ketuanan Melayu dan kepincangan kerajaan Negeri Selangor. Dua keadaan yang berbeza – satu lebih spesifik dan satu lain terlampau umum dan tidak menyentuh kemasyarakatan itu sendiri. Kita lihat apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat akan mengkhususkan secara dasar kepada rakyat. Dikatakan kerajaan zalim – zalimnya pada rakyat, dikatakan penuh rasuah – rasuah itu menyukarkan rakyat dan dikatakan kerajaan kronis – kronis itu menipu rakyat. Kita perlu melihat secara terperinci perjalanan demo yang ada. Kita berdemo – kita mempertahankan apa? Jika kita berdemo semata-mata mempertahankan Melayu maka kaum lain akan terasa tanpa kita memperteguh keyakinan kaum lain kepada kita. Kita terikat dan kita sentiasa menjadi beg untuk terus di tumbuk.

Kepimpinan UMNO khususnya perlu bijak. Perlu menggunakan semua bentuk strategi. Kita perlu ada bermacam-macam-macam cara untuk mempertahankan dan membuat serangan ke atas pembangkang. Kita harus inovatif dan tidak tertakluk kepada satu cara sahaja. Kita tidak boleh ikut cara lama. Kita mengikuti dan menuruti mereka sedang mereka sudah jauh ke hadapan. Kita mempunyai kekuatan dan infrastruktur yang baik tetapi kita tidak tahu menggunakan sepenuhnya. Ini umpama kita mempunyai meriam tetapi tidak  menentu dalam menghalakan meriam tersebut. Kita seakan tersasar jauh. 

Malangnya kita tidak boleh menasihati sesetengah kepimpinan UMNO yang amat jauh dan amat tersorok pemikirannya. Mereka tidak ambil masa untuk memikirkan strategi yang dikemukakan dan mereka hanya mahu melihat apa kepentingan mereka sekiranya program perang saraf dijalankan. Mereka tidak lihat kesan keberuntungan jangka panjang – malah hanya melihat kesan kepada diri dan bagaimana ini boleh melonjakkan kedudukan mereka dalam UMNO. Mereka tidak mahu melihat jauh. Mereka tidak memikirkan untuk menyebarkan idealisme yang ada ke dalam minda anak muda – apa yang mahu mereka lakukan adalah terburu-buru. Kita perlu ingat kalau kita isi air dalam gelas dengan cara teliti – gelas itu akan penuh dan kalau kita hanya mencurah air – ia tidak akan begitu penuh. Namun untuk menyampaikan ideologi tersebut maka syarat yang pertama adalah untuk kepimpinan yang bertanggungjawab memastikan arah kemenangan adalah untuk membuka minda dan menerima idea baru.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:50 PM Kategori:

1 comments:

  1. Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

    "Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.

    "Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH

    woit…. KALAU MARAH … DATANG MASJID NEGARA ESOK… kah kah kah..

    kah kah kah… KALAU MARAH LAKUKAN SESUATU… kah kah kah..

    kah kah kah… JANGAN DUDUK MEMBEBEL…. kah kah kah..

    kah kah kah... JANGAN TERUS KENA TIPU... kah kah kah..

    ReplyDelete

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III