Sampai bila kita mahu ditipu oleh politikus yang tak bertanggungjawab?

Senario politik di Malaysia semakin kalut. Kalut sebab semakin dekat dengan pilihanraya umum. Kalut sebab terlalu banyak ahli politik yang perasan, merekalah THE BEST. Kalut juga sebab terlalu banyak isu yang boleh dieksploitasi dan boleh digunakan untuk membunuh ahli politik yang lain, termasuklah kawan-kawan separti.
Sedar tidak sedar, segala helah orang politik berjaya menembusi pemikiran rakyat. Rakyat menjadi balaci untuk menyokong dan memperkukuhkan kedudukan kaum politikus ini. Rakyat telah dipergunakan dengan semahu-mahunya dan secara optima tanpa diberikan kesempatan untuk berfikir sedikit pun.


Ada juga kemungkinan rakyat sedar tentang permainan licik ini, sama ada dari pihak Barisan Nasional, mahupun Pakatan Rakyat. Namun tahap genius pihak tertentu, khususnya dari Pakatan Rakyat mempermain-mainkan emosi, jadilah suasana politik di negara ini seperti yang kita lihat sekarang.
Ada pendapat yang sangat popular.
“Kita cuba ubah kerajaan untuk penggal ini. Kalau kerajaan yang baru tak betul, kita pilih balik kerajaan yang baru. Kita tukar dan terus tukar, barulah betul rakyat ada kuasa memilih.”
Kata-kata sebegini acapkali kita dengar. Acap kali juga kita didendangkan oleh ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat yang sedang kemaruk untuk berkuasa setelah klimaks mereka mulai menurun dan ketegangan kemaluan mereka, kini lentuk bagaikan agar-agar basi terendam air.
Menukar kerajaan dari kerajaan sedia ada kepada kerajaan baru, bukanlah perkara mudah di Malaysia. Malaysia bukan Amerika Syarikat atau pun Britain. Rakyat Malaysia sangat berminat dengan politik. Dan apabila minat dalam politik, mereka memasukkan segala unsur ke dalam bidang yang mereka minat itu, hatta taik yang keluar dari lubang jubur pun bolehlah dikatakan sebagai politik, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Nik Abdul Aziz apabila dia menafsirkan istilah POLITIK.
Politik di Malaysia amat tidak matang. Politik di Malaysia adalah berdasarkan emosi, bukannya atas dasar rasional. Disebabkan itulah, orang-orang seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng mudah mendapat tempat. Dicampur pula dengan imej Islam, maka muncul jugalah orang-orang seperti Mahfuz Omar yang pandainya tak boleh diikut, bodohnya tak boleh diajar.
Bercakap tentang menukar kerajaan memang senang. Malangnya, alternatif kepada UMNO-BN amat memalukan dan sangat daif, sama ada dari segi pemikiran mahupun kaedah mereka. Perhatikan sahaja gelagat ahli-ahli politik Pakatan Rakyat sama ada di Dewan Rakyat mahupun di Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Kalau itulah ahli-ahli politik yang akan menggantikan kerajaan sedia ada, alamatnya, nasib malanglah keseluruhan rakyat Malaysia, malahan bukan sahaja rakyat yang berbentuk manusia, bahkan, batu, pasir, pokok-pokok, lembah bukit, longkang dan limbah pun akan bernasib malang juga.
Kalau sebelum membentuk kerajaan pun, perangai sudah semacam UNGKA TENGAH BERAHI, perangai buruk dan kelaku tidak serupa akan bertambah menjadi-jadi apabila mereka sudah menjadi kerajaan.
Jadi, cakap-cakap untuk menggantikan kerajaan, lebih baiklah tidak perlu dituturkan. Lainlah kalau gelagat pemimpin-pemimpin pembangkang jauh lebih baik berbanding pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional yang sedia ada. Dan kalau benar mereka hendak menggantikan kerajaan sedia ada, lebih baik mereka kawal diri, bersikap matang dan menunjukkan kehebatan berfikir dan bertindak, jauh mengatasi kerajaan sekarang, berbanding bersikap seperti BABI HUTAN BERJUMPA BANIR.
Berhentilah daripada mendapatkan sokongan menerusi sorakan emosi!!!!

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:44 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III