TERJAH UMNO / BN - MORAL & SOSIAL

MORAL & SOSIAL

1. Membiarkan dan menggalakkan program TV yang mendedahkan kefasikan dan nilai moral yang rendah hingga mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral anak-anak muda sekarang.

2. Membiarkan pusat-pusat maksiat dan hiburan tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Lesen perjudian (termasuk pusat permainan) diberikan secara mudah. Kegiatan maksiat dibenarkan berleluasa dalam masyarakat di mana akhirnya menjadikan rakyat hidup dalam budaya hedonisme. Kanak-kanak sudah diajar dari sekecil-kecilnya bagaimana permainan yang berunsur perjudian itu menyeronokkan. Ada perancangan kawasan ala Hollywood dan satu pusat hiburan besar akan didirikan di Putrajaya.


3. Masalah penagihan dadah tak dapat dibendung selama 42 tahun pemerintahan BN. 25 pusat serenti (mampu menampung 12,000 penagih) mengalahkan jumlah pusat pengajian tinggi. Gaya hidup masa kini, bebas berpeleseran, faktor emosi dan tekanan persekitaran rumah yang sempit mewujudkan ketidaktenteraman keluarga. Kegagalan dalam pelajaran dan paling utama kegagalan mengawal iman dan akhirnya akan membuat sesuatu dengan hanya mengikut perasaan. Adakah system pemerintahan BN tidak menggalakkan semua gejala ini. Cuba nilaikan.

4. Apakah nilai moral yang ada pada pemimpin Umno, Rahim Tamby Chik yang kes rogolnya masih belum selesai hingga hari ini. Megat Junid dengan ceritanya yang kebanyakan orang tahu. Judi dan perempuan menjadi seperti hobi masa lapang saja bagi mereka. Tuduhan Marina Yusuf kepada Mahathir tentang salahlaku seksnya hingga sekarang tak berjawab. Bagaimana pula moral Rafidah, Najib, Ghafar Baba, Ahmad Razali Ali, Tok Mat, Sabaruddin Chik, Annuar Musa, Isa Doraemon, Mohammed Taib dll. Bagaimana akhirnya kisah hubungan seorang menteri dengan kes Mustakizah yang terbunuh itu?Bagaimana pula skandal Najib,Abdul Razak Baginda dan Altantuya seorang model dari Russia sehingga dikaitkan dengan anak luar nikah hasil hubungan sulit itu?Apakah Sirul Azhar dan akan terus menjadi kambing hitam untuk menutup kisah sebenar? Apakah nilai moral dan kesetiaan pada kerajaan yang ada pada Mahathir bila beliau mengutuk dan mencerca Tengku Abdul Rahman selepas disingkir dari Umno, pergi ke London dan Australia dan mengutuk Tengku. Dan guna pentas PAS untuk mencerca Tengku. Dakwa DSAI, kenapa tiada tindakan diambil bila Rahim Thamby Chik dan lain-lain pemimpin membawa wanita menggunakan pesawat peribadi melalui saluran VIP Subang? Salah orang dia nampak, salah sendiri buta mata.

5. Kepimpinan Umno/BN mengamalkan amalan-amalan khianat, pembohongan, pendustaan, pecah amanah sosial dan mungkir janji tanggungjawab kepada masyarakat sebagai budaya ‘khidmat’ mereka yang berselindung di sebalik tabir, “Kepimpinan Melalui Teladan”, “Tradisi Membela Rakyat” (manifesto BN pilihanraya lalu), “Bersih, Cekap dan Amanah” (BCA = Boros, Curang dan Ampu) dll. Hanya tinggal slogan dan cerita semata-mata. Indah khabar dari rupa. Mereka berterusan memanipulasikan sentimen rakyat dengan keyakinan palsu kononnya negara diiktiraf sebagai negara membangun yang dikagumi dunia di bawah Mahathir. Malaysia sajalah yang mampu kekalkan pertumbuhan ekonomi 8% beberapa tahun berturut-turut yang akhirnya merudum jatuh. Malaysia jugalah negara Islam contoh kerana kejayaan dalam sektor perindustrian dan pemodenan pentadbiran Islam. Rakyat didesak agar bersyukur dan berterimakasih kepada pimpinan negara atas apa yang dinikmati sekarang. Sedangkan merekalah yang sepatutnya berterimakasih kepada rakyat kerana mengangkat mereka sebagai pemimpin dan sekaligus mengayakan mereka.

6. Mengamalkan sikap tak mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri. Lihat saja kegawatan ekonomi dan matawang merudum, Soros disalahkan. Kelemahan pelajar Melayu dalam pelajaran, kesibukan berpolitik jadi penyebabnya. JE menyerang tanah air, kakitangan kerajaan disalahkan kerana gagal melaksanakan dasar kerajaan (MP Tg Karang). DSAI dipukul, beliau sendiri dituduh; kena racun pun keluarga sendiri punya angkara. Dia yang mengamalkan sekularisme, tapi dikatakan Tuan Guru Nik Aziz pulak pengikut sekularisme.

7. Martabat wanita tidak dipelihara sebaiknya; kaum wanita menjadi bahan eksploitasi perniagaan (iklan) dan bahan penarik pelanggan. Gambar separuh bogel digunakan bagi melariskan bahan jualan terutamanya majalah hiburan. Masih banyak uniform kakitangan awam wanita seperti jururawat, polis, JPJ, anggota penjara, tentera dan sebagainya tidak menutup aurat. Menurut hasil kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat 142,000 orang pelacur di Malaysia. Terjagakah maruah wanita di negara ini?

8. Di bawah pemerintahan BN/Umno, rakyat berpecah belah kerana dasar yang Umno pertahankan tidak berasaskan kebenaran dan keadilan. Perpaduan pada pandangan Umno ialah menerima segala keputusan pucuk pimpinan parti dan sesiapa tak bersetuju dianggap pengkhianat Negara & bangsa.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:06 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III