TERJAH UMNO / BN - EKONOMI

 EKONOMI

1. Kerajaan BN lah yang sebenarnya meranapkan ekonomi negara. Krisis dan kegawatan ekonomi yang melibatkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia dan pasaran saham. Bukannya Soros seperti kata Mahathir. Fikirkan sendiri. Malaysia kerugian RM1 trilion kuasa beli (berdasarkan kerugian RM600 bilion pasaran saham dan penurunan pendapatan perkapita dari RM5,000 kepada RM2,000. Ramai pekerja terpaksa menganggur dek syarikat kena tutup, kerugian perniagaan berlaku di sana sini. Ekoran itu, pelbagai lagi masalah sosial wujud satu persatu.


2. Terlalu ghairah dengan projek ultra dan mega – untuk kebanggaan dan keangkuhan kuasa. Baginya di Malaysia perlu ada semua yang terbesar, terpanjang, tertinggi, tercanggih, terlama, terhebat dan segala-gala yang ter…Apa untungnya menara kembar Petronas, KLCC, Menara KL, KLIA, Putrajaya, Litar Lumba F1 di Sepang dan segala macam projek mega yang dah dibina, dibatalkan, akan dibina dan dirancang pembinaannya. Sepatutnya sebagai sebuah negara membangun setiap apa yang ingin dilakukan kenalah kita ukur baju pada badan sendiri. Jangan ingat sebab anak kita akan membesar, lalu kitapun belilah baju besar untuk umur 15 tahun sedangkan anak kita baru umur 5 tahun.

3. Tidak mengendahkan langsung nasib rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana. Yang digalakkan binalah banyak-banyak bungalow, condo, apartment, hotel & resort lima bintang dan padang golf. Kat manalah rakyat nak tinggal, paling tidak pun setinggan di pinggir-pinggir bandar. Itupun tak selamat, kerana bila-bila masa akan dihalau macam anjing kurap. Peliknya Malaysia boleh bina bangunan tertinggi di dunia, projek Putrajaya dan Cyberjaya tapi gagal mengatasi masalah setinggan di kawasan bandar. Masalah setinggan ini sudah berlarutan selama 30 tahun tanpa penyelesaian. Terdapat 211 kawasan setinggan (42,000 keluarga) di KL. Dalam pada itu bagi melariskan rumah mewah yang tak mampu dibeli oleh rakyat Malaysia, dibenarkan orang asing memiliki rumah RM250 ribu tanpa levi. Bayangkan apa sebenarnya berlaku, bila 6,600 unit rumah kos rendah disediakan telah diserbu oleh 15,000 orang rakyat Malaysia di JB.

4. Mahathir/Daim pemusnah ekonomi dan hak bumiputera. BBMB yang beberapa kali mengalami kerugian disebabkan pinjaman tak berbayar puak-puak korporat, akhirnya ditelan oleh BOC begitu saja. Angkara siapa kes ular lidi menelan naga ini berlaku? Tanggungjawab untuk menjamin kepentingan ekonomi bumiputera secara tidak langsung terhapus kerana BOC tak mementingkan semua hal ini. BOC dikuasai oleh Tan Sri Halim Saad, kroni Daim.

5. Setelah 20 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB), apakah yang Melayu ada sekarang? Usahawan Melayu hanya memiliki 6% sahaja dari rumah-rumah kedai di seluruh negara. Keseluruhan ekuiti bumiputera dalam syarikat yang disenaraikan hanya 27% pada Feb 1998. Bilangan keluarga miskin meningkat dalam tempoh 1997-1998 dari 346,000 kepada 414,700 di mana kebanyakannya adalah orang Melayu. Kadar pengangguran (1997-1998) meningkat dari 2.7% ke 6.4% (229,700 ke 544,200) dan yang ramai adalah Melayu. Penagihan dadah dan gejala pergaulan seks bebas sungguh memalukan. 70% dari 200,000 angka resmi penagih tegar adalah belia-belia Melayu. Laporan Kementerian Kesihatan pertengahan 1996, 70.33% dari 17,000 pembawa HIV dan pengidap AIDS adalah remaja Melayu. Kajian kerajaan Selangor, 80% GRO adalah gadis Melayu.

6. Kurang memperdulikan nasib rakyat miskin. Nasib petani (penanam padi/penoreh getah) & nelayan tidak dipedulikan. Harga getah yang menjunam jatuh ke paras RM0.50/kg menambah penderitaan rakyat di tengah-tengah suasana ekonomi yang masih gawat. 400,000 orang pekebun kecil getah memperolehi pendapatan kurang RM250.00 sebulan, bayangkan apa yang dapat dibelanjakan dengan jumlah itu.

7. BN atau singkatannya ‘barang naik’. Harga barang keperluan harian khususnya makanan dinaikkan sewenang-wenangnya. Harga gula, tepung, susu, minyak, kelapa, ayam, bawang dll naik sesuka hati saja. Apa komen pak menteri; bila gula naik tak payah makan gula, kelapa naik tak usah guna kelapa. Semudah itu jawapan mereka. Tapi kita rakyat biasa, bagaimana? Tol naik 50 sen, Samy yang tak ada value tu kata 50 sen nak beli rokok pun tak lepas…porraah! Rumah kos rendah (murah) naik dari RM25 ribu kepada RM35 ribu sebuah.

8. Tahap kemiskinan yang digembar gemburkan. Sejauh mana kesungguhan pemimpin negara berusaha ke arah matlamat sifar miskin. Yang digembar gemburkan ialah pembangunan, inilah propaganda UMNO/BN sabanhari. Ianya dijadikan umpan pada rakyat, selakunya rakyat itu hanya layak dipaggil ‘ayam daging’ yang disogokkan makanan semata-mata untuk dijual di pasar dan akhirnya disembelih. Sepatutnya dalam kemegahan negara dengan pelbagai projek gajah putih, sudah tiada rakyat akan berada di bawah tahap miskin. Jikapun tolak Kelantan yang diperintah oleh PAS, adakah negeri-negeri lain bebas dari kemiskinan. Terutamanya Kedah negeri Mahathir sendiri. Berjaya sepenuhnyakah projek-projek peninggalan Tun Razak (Felda / Felcra / Risda dll)? Mahathir tiada masa langsung memikirkan apakah kesinambungan kerja seorang pemimpin Melayu untuk membantu golongan-golongan ini.

9. Hasil mahsul negeri dikaut tetapi faedah yang sepatutnya ditumpang bersama oleh rakyat diketepikan. Lihat saja Trengganu yang menyumbang hasil terbesar kepada kerajaan pusat (gas & petroleum). Royalti 5% dari keluaran petroleum diberikan kepada kerajaan negeri (pendapatan RM6 juta/bulan). Bagaimanapun paras kemiskinan di Trengganu adalah kedua tertinggi di Malaysia (17.3%). Apa hal?? Tak kira lagi tuntutan hak royalti minyak oleh Kerajaan Kelantan kepada Kerajaan Pusat pimpinan Najib.Agak-agaknya rakyat Kelantan kena tunggu PM baru dulu la sebelum dapat rasa nikmat royalty itu.

10. Kenaikan harga tol/pembinaan lebih 90 tol baru di seluruh negara. Tol di sana sini menjadikan rakyat tidak lagi merasakan mereka tinggal di sebuah negara yang sepatutnya menjadikan jalanraya sebagai kemudahan. Tetapi merasakan diri mereka sedang menginap di sebuah syarikat perniagaan besar yang bernama Malaysia (M) Sdn Bhd. [M = Mahathir]. Dijangka akan terdapat 78 buah tol di 20 highway utama di KL pada tahun 2000 menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh (18.1.1999).

11. Rakusnya pimpinan mereka menguruskan ekonomi negeri hinggakan sanggup membelakangkan sensitiviti agama, bangsa dan alam sekitar demi mengukuhkan ekonomi. Apa yang kita tahu tentang penternakan babi di N. Sembilan (Isa Samad). Pernahkah dijangka sebanyak itu jumlah babi di negara kita. Negara yang bermegah dengan ugama resminya Islam, majoriti penduduknya Melayu. Disebaliknya membenarkan sosioekonomi negara dterbalikkan. Apa tidaknya kalau industri babi boleh menyumbangkan RM300 juta setahun cukai kepada kerajaan. Selain muncul sebagai pengeluar babi terbesar di Asia Tengggara, Malaysia juga boleh berbangga bila dikatakan negara pengeluar dan pembuat arak ke 10 terbesar di dunia.

12. Ekonomi menjadi tenat ketika pemborosan berleluasa. Pembaziran di sana sini menjadi antara punca utama. Tetapi mereka hanya bijak menyalahkan orang lain, semua orang salah tapi dia semua betul. Mengikut Datuk Wong See Wah (Tim Menteri Kewangan) di Dewan Rakyat (19 Okt. 99) negara berhutang RM160.9 bilion hingga penghujung Jun 1999 dari pelbagai sumber asing (57% daripada KNK). Malaysia di bawah Mahathir dan BN pada penghujung dekad 1990-an ini berhutang keliling pinggang. Bilakah hutang ini boleh selesai, tidakpun ia makin bertambah lagi jika mereka masih berkuasa. Siapa lagi akan membayar jika tidak kita dan anak cucu kita di masa akan datang.

13. Kegawatan ekonomi menyebabkan jatuhnya nilai ringgit dan pasaran saham. BSKL kerugian sebanyak RM450 bilion. Hutang negara meningkat 10%, kekayaan negara merosot 10%. Pendapatan perkapita rakyat turun dari RM4,600 kepada RM4,200.

14. Dasar penswastaan negara yang mula dilaksanakan pada 1993 telah mengubah fenomena negara dari kerajaan dan rakyat kepada peniaga dan pembeli. Kerajaan menjalankan perniagaan dengan rakyat. Rakyat terpaksa menanggung kos yang semakin meningkat dan di masa yang sama tidak memperolehi khidmat yang mendukacitakan. Lihat saja masalahyang timbul pada khidmat Puspakom, bekalan air di Lembah Kelang yang tercatu (Puncak Niaga), pengurusan pembentungan IWK, Bernas di Kertih Terengganu, khidmat Alam Flora yang tidak memuaskan, khidmat pos, syarikat penerbangan awam, kenaikan caj telefon dan kadar tarif elektrik, lebuhraya bertol, yuran pengajian yang tinggi di IPTS dll. Tanggungjawab sosial pihak pemerintah telah dilepaskan melalui eksploitasi secara perniagaan. Semua kepentingan awam dijadikan komoditi untuk menebalkan poket suku sakat dan anak beranak mereka. Ia juga telah menggalakkan bercambahnya pembinaan rumah sakit swasta yang mengenakan pelbagai bayaran mengikut harga pasaran yang umumnya di luar kemampuan rakyat terbanyak. Dari Kajian separuh penggal, Malaysia Ketujuh menyatakan jalan swasta dibina oleh swasta RM25 juta/km manakala belanja kerajaan RM11 juta/km.

15. Menggadaikan dan memajakkan segala khazanah dan harta kekayaan negara pada masa ini dan masa depan kepada kuasa-kuasa asing melalui penjualan bon-bon yang dijajakan ke USA, Eropah dan Jepun.

16. Judi begitu berleluasa di zaman Umno/BN. Walaupun dah cuba dikurangkan di waktu DSAI memegang jawatan Menteri Kewangan. Tapi bila Daim dapat balik, lesen-lesen lama dilulus semula. Kalau kita sokong lagi mereka ini, alamat kat mana-mana pun ada kasino la jawabnya.Tapi sekarang ??

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:05 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III