TERJAH UMNO / BN - KETUANAN DAN HAK ORANG MELAYU

KETUANAN DAN HAK ORANG MELAYU

1. Pencabulan terhadap institusi raja berpelembagaam dengan krisis pindaan perlembagaan pada 1993. Akhirnya melucutkan imuniti (hak keistimewaan) Raja-Raja Melayu. Hinggakan sekarang Raja-Raja Melayu dikatakan tinggal gusi sahaja, tak mampu menyuarakan apa-apa. Semua kuasa ada pada Mahathir. Raja-raja tidak lagi dilayan sebagai Raja Melayu yang perlu dihormati sebagai lambang penyatuan umat Melayu. Malah berlaku usaha dari pihak Umno (Anuar Musa) untuk cuba ‘menabalkan seorang sultan’ lain yang kononnya lebih berhak untuk menjadi ketua negeri Kelantan.


2. Mengkhianati Melayu dengan aktiviti ‘gerak saraf’ ke atas orang Melayu. Melayu menjadi sasaran agen gerak saraf yang menganjurkan dan menetapkan kepelbagaian aktiviti kehidupan harian masyarakat Melayu. Lihatlah apa yang ada bila konsert amal dilakukan, nampak baik tapi maksiat dibelakangnya. Bila banyak Call Girl heboh satu Malaysia, ditukarnya panggilan pada GRO atau PRO senyap kita. Babi yang haram tak manis disebut, tukar pada khinzir. Judi dikatakan permainan/games, zina/rogol disebut hubungan tidak sah, bersekedudukan dah jadi tinggal serumah. Semua dosa besar dah jadi kesalahan biasa dek lunaknya istilah baru. Digalakkan aktiviti anak-anak muda secara campuraduk lelaki dan perempuan. Dianjurkan program mencungkil bakat menyanyi, ratu cantik, fesyen, tarian, lakunan dll.

3. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL , Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Simpanan Melayu – atas wawasan pembangunan ala Mahathir canggih. Tanah-tanah wakaf Melayu diambilalih oleh kerajaan negeri atas nama pembangunan dan akhirnya memaksa Melayu menumpang di tanah airnya sendiri. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya di jual kepada bukan Melayu. Akan selamatkah TRM di Langkawi bila Mahathir sudah mula “melelong”nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

4. Berkurangnya peratusan kuasa politik Melayu berbanding bukan Melayu dapat dilihat dengan jelas. Tahun 1964 Melayu mempunyai 66.3% ahli Parlimen berkurang kepada 52.1% pada tahun 1995. Sebanyak 37 DUN dan Parlimen ( majoriti pengundi Melayu ) Umno serahkan pada calon bukan Melayu pada 1990. Umno snggup mengorbankan maruah bangsanya atas dasar permuafakatan komponen, padahal survival orang Melayu, kekuatan politik bangsa terletak pada kuasa politik.

5. Bahasa Melayu yang dicatatkan sebagai Bahasa Kebangsaan, secara praktikalnya apa yang berlaku? Bahasa Melayu semakin terpinggir, IPTA dan swasta serta agensi kerajaan dan swasta digalakkan guna bahasa Mat Salleh. Kalau adapun bahasa Melayu itupun bahasa rojak. Sekali pandang, B.Melayu hanya cuma layak jadi papan tanda di highway sahaja. Penggunaan nama Inggeris pada taman perumahan mewah, pangsapuri dan kondominium, bangunan-bangunan yang gah di KL makin menggalakkan. Mereka menjadi malu untuk menggunakan bahasa kebangsaan sendiri.

6. Kesalahan yang bertentangan dengan Islam dendanya begitu ringan, lihatlah apa denda zina, judi, murtad, tak puasa dll. Apalah agaknya perasaan Melayu yang menghakimi kes-kes syariah ini. Umno merendahkan lagi martabat mahkamah syariah dan mengutamakan mahkamah ala penjajah biarpun kes-kes yang bersangkutan dengan penganut agama Islam. Pembesar-pembesar Melayu dilantik menjadi pengerusi dan boss di syarikat-syarikat yang bercanggah dengan Islam (seperti syarikat judi/arak/nombor ekor/kelab dangdut). Pekerja Melayu diperbanyakkan di tempat-tempat yang haram di sisi Islam.

7. Menghina dan memperlecehkan orang Melayu; Mahathir mengatakan pada 29 Julai 99 ‘orang Melayu tidak mungkin mendapat jawatan tinggi jika kriteria merit digunakan untuk menilai mereka. Katanya ramai professor Melayu dapat kedudukan kerana polisi kerajaan, bukan kerana kebolehan. Dia juga membuat pelbagai tohmahan negatif terhadap bangsa Melayu sebagai pemalas, bodoh, tidak teguh pendirian, emosional, pelajarnya hanya suka berpolitik dll. Dollah Beduwi juga menghina Melayu dengan mengatakan Melayu cepat percaya yang bukan-bukan bila mengulas kes skim cepat kaya. Apa salahnya rakyat dengan skim cepat kaya , pemimpin dengan skim kaya cepat.

8. Umno/BN gagal menjaga kepentingan Melayu apabila dalam kes babi dibunuh pelbagai insentif diberikan kepada penternaknya, tapi ketika wabak penyakit kuku dan mulut menyerang ternakan Melayu tiada sebarang pampasan yang diberikan bila ternakan mereka terpaksa dimusnahkan. Sejauh mana orang Melayu dibela dan dibantu, apakah Umno tidak pernah membuat kajian atau diberitahu, bahawa anak muda Melayulah yang paling ramai menagih dadah, paling ramai terlibat dalam jenayah di KL (kajian GPMS) dan Melayulah paling ramai menghuni penjara-penjara di Malaysia.

9. Kementerian Kesihatan, Tenaga Telekom & Pos, Kerjaraya dan Perumahan adalah kementerian yang penting yang sudah lama dipegang oleh menteri bukan Melayu. Terjaminkah hak Melayu di bawah kementerian ini??

10. Pemerintahan Sabah di bawah BN mengamalkan sistem giliran ketua menteri yang mengakibatkan secara langsung kerugian di pihak orang Melayu. Pemerintahan Usno dan Berjaya adalah lebih kemelayuan jika dibandingkan BN sekarang. Biarpun hakikatnya Umno yang menang pilihanraya tapi disebabkan janji Mahathir yang tidak rasional akhirnya merugikan Melayu Sabah.

11. Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 9.8.65 atas pertimbngan politik semasa. Seolah-olah Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selain itu ti Pulau Batu Putih telah pun tergadai di bawah pimpinan ‘bijak’ Dollah Beduwi ke tangan Singapura, CIQ Tg Pagar dan pencerobohan ruang udara Johor oleh tentera udara republik berkenaan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:06 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III