Ada Kepentingan Syarikat Dapat Projek Adalah Fitnah Tidak Berasas

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menyifatkan dakwaan parti pembangkang beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat yang memperoleh projek di bawah kementeriannya adalah fitnah yang tidak berasas.

Menurutnya dakwaan tersebut tidak benar sama sekali kerana semua pihak dipelawa untuk menyertai tender terbuka bagi projek yang dilaksanakan di bawah kementerian itu.

"Mustahil untuk semua syarikat yang mendapat projek itu adalah syarikat saya kerana saya tidak berdaftar dengan mana-mana syarikat.

"Proses tender dibuat secara terbuka dan dilakukan oleh Kementerian Kewangan manakala kementerian saya hanya menapis permohonan rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Agensi-Agensi di bawah kementerian itu di sini Ahad.

Beliau berkata setiap senarai projek dinyatakan secara terbuka bagi memberi peluang kepada semua pihak dan bukannya hanya dimonopoli oleh pihak tertentu sahaja.

Naib Presiden Umno itu berkata keutamaan diberikan kepada pengagihan projek bagi syarikat yang layak dan mempunyai rekod yang baik dalam menyiapkan sesuatu projek mengikut jadual yang diberikan oleh kerajaan.

"Mungkin ada ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) memperoleh projek tersebut tetapi mereka merupakan ahli perniagaan dan memiliki syarikat," katanya.

Mohd Shafie berkata pembangkang perlu melihat proses pemberian projek di Selangor dan Pulau Pinang jika dibuat secara telus sebelum membuat dakwaan itu.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:12 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III