Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas sikap ahli akademik yang sanggup menjadi alat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menakut-nakutkan rakyat dengan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Baginya, jika golongan berkenaan terus bersikap demikian lebih baik mereka menyertai Umno yang sempit dan berjuang menegakan benang basah.
“Biar rakyat menghukum usaha jahat yang ditaburkan, waktu itu baru mereka sedar haluan yang mereka pilih salah dan menyimpang jauh dari usaha menyatupadukan rakyat Malaysia.
"Kita tahu ada pakar akademik yang diperkudakan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu tentang isu hak keistimewaan orang Melayu yang akan terhakis sekiranya Pakatan Rakyat memerintah," tegasnya ketika ditemui di Wacana: Adakah Polis Pembela Rakyat di Dewan Haji Ahmad Badawi, di sini malam tadi.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengingatkan ahli akademik sedemikian agar jangan terpengaruh dengan dakyah jahat yang sedang ditiupkan oleh Umno dan BN berhubung isu berkenaan.
Katanya, kepimpinan Umno sedang berusaha meyakinkan rakyat dengan berbagai cara dan kaedah termasuk memperkudakan tokoh akademik yang kurang faham terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang mengutamakan ketelusan, kebertanggungjawaban dan anti rasuah.
Menurutnya, semua urusan membabitkan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat seperti Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap terpelihara.
Ahli akademik jangan jadi alat Umno
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:05 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 27
(24)
- Sarawak Report: Tanah Iban pula ditipu
- Rahsia Manusia Terapung Terbongkar!!
- Isu wang ihsan: Pemuda Sosialis sifatkan Reezal hi...
- Amaran Perkasa: Kami kekal NGO, tapi boleh tentuka...
- Ahli akademik jangan jadi alat Umno
- Pengetua rasis kerana ‘Ketuanan Melayu’ Umno
- Dr Asri: Rakyat terima bantuan kerajaan guna hasil...
- Reezal mahu jadi ‘hero’ baru di Pulau Pinang
- Mahasiswa Unimas disaran boikot program 1Malaysia
- Siswa & Siswi diseru ke Mahkamah Jalan Duta, esok
- Guan Eng: Fitnah Umno tidak boleh gugat program ra...
- Sila dedah rahsia saya, Nazri cabar Ibrahim Ali
- MENOLAK TOHMAHAN & FITNAH UMNO ( Siri 1 )
- DALIL-DALIL HARAM UNDI UMNO / BN ( Betulkah Ini Ya...
- DALIL-DALIL HARAM UNDI UMNO / BN ( Betulkah Ini Ya...
- ADAKAH Ini keZALIMan UMNO ???? FIKIRKAN ( siri 2 )
- ADAKAH Ini keZALIMan UMNO ???? FIKIRKAN ( siri 1 )
- Majmuk: Umno BN gagal tonjol keadilan Islam
- Wami: Utusan patut belajar hargai wartawan jujur
- SUPP Mungkin Tiada Tempat Dalam Kerajaan Sarawak J...
- Wira Perkasa cadang adakan Rundingan Meja Bulat de...
- Ada Kepentingan Syarikat Dapat Projek Adalah Fitna...
- PR perintah: Umno BN hilang kuasa, bukan Melayu
- Dasar Umno jadikan Melayu, Islam lemah
-
▼
Sep 27
(24)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment