Mahasiswa Unimas disaran boikot program 1Malaysia

Pro Mahasiswa (Pro M) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menyeru seluruh mahasiswa universiti itu agar bertindak bijak dengan memboikot segala program 1Malaysia di kampus selepas ini.

Ini ekoran program 1Malaysia anjuran Institut Kajian Sejarah & Patriotik Melaka dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar  Unimas bertempat di dewan kuliah CTF 1, Sabtu lepas.

Program yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang mahasiswa Unimas dan institusi pengajian tinggi sekitar itu bermula jam 8 pagi sehingga 4.30 petang.

Malangnya, salah seorang ahli panel program tersebut, Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggunakan platform program tersebut untuk brainwash pemikiran mahasiswa yang hadir.

Dalam ucapannya, beliau dilaporkan berkata: “sokonglah Barisan Nasional” dan “siapa sokong pembangkang dua kuli”.
Bagi Pro M Unimas, kenyataan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut timbalan menteri itu kepada mahasiswa, lebih-lebih lagi program di dalam kampus.

Program 1Malaysia di dalam kampus dijadikan media terbaru kerajaan untuk berkempen dan meraih sokongan daripada mahasiswa.
Tahun ini sahaja sudah 3 kali program 1Malaysia yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada mahasiswa diadakan di Unimas.

“Kami dimaklumkan bahawa akan ada satu lagi program 1Malaysia yang bakal dilaksanakan pada bulan hadapan di Unimas.
“Program tersebut dilihat tidak langsung memberi manfaat kepada mahasiswa melainkan pembaziran wang Unimas semata-mata,” kata Pro M di dalam blognya.

Malahan, program 1Malaysia kini menjadi lesen terbaru ahli politik kerajaan untuk masuk ke kampus dengan cuba meracuni dan memperbodohkan mahasiswa.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:20 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III