Sarawak Report: Tanah Iban pula ditipu

Portal berita Sarawak Report mendakwa sebuah firma yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba membayar 'pampasan' RM4,000 - bagi mendapatkan keuntungan membalak yang bernilai lebih RM230 juta.

Tanah berukuran 3,305 hektar itu membabitkan 16 perkampungan Iban di di Kampung Ensika di mana penduduknya sejak beberapa generasi telah bercucuk tanam, menghuni, dan memburu. Mereka mendakwa tanah berkenaan telah digazetkan sebagai tanah hak warisan pribumi (native customary rights - NCR) sejak 1956.

Menurut Sarawak Report, kawasan yang terancam itu adalah kawasan berbukit bakau berhampiran Sebangan yang tidak dimasukkan sebagai kawasan 'pembangunan' kerana kedudukannya yang tinggi berbanding kawasan sekitar yang telah ditebang.

Bagaimanapun portal berita berkenaan melaporkan tanah tersebut kini 'diintai' oleh Quality Concrete Holdings Bhd memandangkan hutan itu mempunyai kayu yang keras dan mempunyai harga pasaran yang tinggi.

Quality Concrete didakwa dimiliki sebahagiannya dan diarah oleh adik Taib - Raziah.

"Raziah adalah pemegang saham dan pengarah bukan eksekutif yang dibayar oleh Quality Concrete Holdings, sebuah syarikat awam yang dimiliki oleh keluarga Tiang Ming Sing dan Tiang Ming Kok (masing-masing pengerusi dan pengarah urusan).

"Justeru beliau mendapat manfaat secara langsung daripada hubungannya dengan ketua menteri yang bertanggung-jawab.”

Menurut portal berita itu lagi, oleh kerana Quality Concrete memiliki Sijil Pendudukan selama setahun yang diterima mengikut Seksyen B, Ordinans Hutan, maka syarikat itu dikehendaki oleh undang-undang untuk mendapatkan persetujuan tuan tanah iaitu penduduk Iban sebelum memulakan kerja-kerja pembalakan.

Bagi menyelesaikan kemelut itu yang dianggap sukar mendapat persetujuan, Sarawak Report mendakwa Quality Concrete - menggunakan kombinasi ugutan, rasuah dan perwakilan yang tidak sah dalam usaha mendapatkan tanah berkenaan.

Antara caranya ialah memberi bayaran sagu hati RM250 kepada setiap 16 keluarga dan RM800 kepada setiap ketua kampung untuk mendapatkan persetujuan mereka.

"Kami juga diugut jika kami menolak tawaran itu, kami dianggap menenatng kerajaan dan menolak pembangunan negeri,” kata seorang daripada penduduk berkenaan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:04 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III