15 cabang terakhir PKR mula bermesyuarat

Sebanyak 15 cabang PKR di Selangor, Johor dan Sarawak akan menjadi yang terakhir mengadakan menyuarat agung tahunan dan pemilihannya bermula pagi ini.

Cabang-cabang itu, tujuh di Selangor, tiga di Johor dan lima di Sarawak.

Tumpuan hari ini sekitar Selangor - yang menyaksikan penyertaan tokoh-tokoh besar PKR bertanding jawatan tertinggi di peringkat cabang - melibatkan Gombak (Azmin Ali), Kuala Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim), Selayang (William Leong) dan Ampang (Zuraida Kamarudin).

Mesyuarat dijadual bermula pada jam 10 pagi manakala keputusan pemilihan pula dijangka diperoleh pada jam 6 petang ini.

Setakat semalam, berdasarkan keputusan yang berjaya diperoleh, kerusi tumpuan timbalan presiden menyaksikan Azmin Ali mendahului degan 93 pencalonan, Datuk Zaid Ibrahim 35, Mustafa Kamil Ayub 17, Tian Chua 5 dan Khalid Ibrahim sebanyak 4 pencalonan.

11.15pm Pemilihan sudah bermula di Gombak. Manakalah mesyuarat agung tahunnya dijadual pada jam 2 petang ini.

Sebanyak 7320 ahli layak mengundi. Peraih undi pelbagai pihak masing-masing kelihatan sibuk mengedarkan 'chai' (senarai regu masing-masing).

10.45am Keadaan masih tenang di Hotel De Palma Ampang, tempat PKR Gombak melangsungkan mesyuarat agungnya. Kelihatan beberapa anggota parti mula mendaftar perlahan-lahan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:36 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III