Jenayah: Perundangan syariah perlu ambil tempat

Ekoran kes jenayah yang tidak berkesudahan, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa kerajaan pusat mula membincangkan secara serius perlaksanaan undang-undang syariah sebagai undang-undang alternatif di negara ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkara, kes jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh dan dibakar seakan menggambar sistem perundangan sivil yang sedia ada dilihat kurang berkesan bagi membendung aktiviti jenayah.
"Cadangan kami, iaitu perlaksanaan syariah Islam atau undang-undang jenayah syariah Islam sebagai alternatif bagi mengatasi jenayah yang semakin parah ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media petang tadi di Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat dewan itu hari ini.

Bagaimanapun katanya, rakyat seharusnya telebih dahulu diberi penjelasan berhubung keadilan perundangan Islam sebelum perlaksanaan dibuat sesuai dengan semangat demokrasi di tanah air.
Tambahnya lagii, alternatif itu juga selaras dengan muafakat yang dipersetujui bersama antara PAS, DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat.

Ini kerana, kerajaan pusat sebelum ini pernah mengetepikan cadangan kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu untuk melaksanakan undang-undang Syariah bagi memulihara sosial masyarakat.

Dari segi yang lain, beliau berkata, Dr. Rowan D. Wiliiams, seorang Paderi pernah mencadangkan undang-undang syariah sebagai perundangan alternatif bagi menangani kebejatan sosial di Barat.

"Kalau Barat melihat perlunya undang-undang syariah bagi mengekang gejala sosial dan jenayah yang begitu parah, kenapa tidak Malaysia yang majoritinya penduduk beragama Islam," soalnya sambil menganggap tindakan paderi itu adalah tidak salah mengikut lunas demokrasi.

Turut menyertai kenyataan media itu, Timbalan Ketua DPPP, Azman Shafawi dan Naib Ketua, Ahmad Sabki Yusof.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:39 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III