MB Kedah didakwa cuba seleweng fakta tarif air

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lepas.

Katanya kenyataan Azizan mengenai hutang peninggalan kerajaan BN berjumlah RM1.7 bilion tidak tepat kerana wang itu merupakan pinjaman oleh kerajaan pusat kepada Kedah untuk melaksanakan projek pembangunan termasuk Taman Teknoloji Tinggi Kulim.

Pinjaman untuk projek air luar bandar cuma berjumlah RM800 juta, katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar hari ini.

Mahdzir mengulas kenyataan Azizan semalam bahawa kenaikan tarif air itu berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat pada 2006 bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berkaitan bekalan air.

Mengenai kenyataan Azizan bahawa penstrukturan semula itu melibatkan pengambilalihan aset air Kedah oleh syarikat milik penuh kerajaan iaitu Pengurusan Aset Air Bhd (PABB) dan kemudian menyewa pajak aset air itu kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mahdzir berkata beliau yang mencadangkan penubuhan SADA dan perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara SADA
dengan PAAB tidak membabitkan pengambilalihan aset.

"Untuk mengambil alih aset, ia perlu disenaraikan, dibuat penilaian dan kemudian ditukar dengan jumlah hutang...proses ini panjang," katanya.

Mengenai kenyataan Azizan "sekiranya kerajaan pusat tidak kacau, kerajaan negeri tidak mahu naik tarif air,", bekas menteri besar itu berkata kerajaan pusat hanya menetapkan harga siling air dan kerajaan negeri berhak untuk tidak menaikkan tarif sekiranya tidak bersetuju.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:45 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III