Ngeh henti buat kenyataan terbuka

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tidak akan lagi membuat kenyataan terbuka berhubung pertelingkahannya dengan timbalannya, M Kulasegaran yang tercetus dua hari lalu.

Kenyataan bersamanya dengan naibnya, A Sivanesan hari ini menyebut bahawa Ngeh (kiri) telah membincangkan perkara itu dengan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng ketika beliau tiba di Lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang, sekembalinya daripada lawatan ke Australia.

"Kami bersetuju dengan cadangan Lim bahawa perkara yang membabitkan DAP Perak hendaklah ditangani secara dalaman," kata kenyataan itu.

"Oleh yang demikian kami tidak akan membuat sebarang kenyataan terbuka atau menjawab soalannya mengenainya sewaktu sidang akhbar," tambahnya.
Menurut mereka, Lim dijangka mengadakan pertemuan yang akan
turut dihadiri Lim Kit Siang, apabila Kulasegaran kembali daripada bercuti di Nepal.

Kenyataan itu dibuat selepas Kulasegaran (kanan) yang juga naib presiden DAP menyiarkan cabaran dalam blognya - dan di dalam ruangan komen di Malaysiakini berhubung berita berkaitan - untuk berdebat secara terbuka dengan Ngeh.

"Sila beritahu saya tempat dan masanya, saya bersedia untuk 'menceritakan semua'," tulis ahli parlimen Ipoh Barat itu.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:59 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III