Mengapa Dr Mahathir Menolak Hudud PAS? ( BLOGGER UMNO )

Beza Antara Hudud Allah dan Hudud PAS




Banyak persoalan berlegar-legar di pemikiran kita, mengapa Dr Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri menolak hukum Hudud. Sedangkan kita sudah jelas ianya hukum Allah dan termaktub di dalam Al-Quran. Jadi di sini aku ingin rungkaikan sedikit persoalan tersebut.

Mahtir & BN Tolak Hudud ( SAKSIKAN )



Undang-undang syariah terbahagi kepada tiga elemen iaitu:

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta'zir

Dalam undang-undang syariah Malaysia, Qisas, Ta'zir dan Diat telah dilaksanakan kecuali Hudud. Mari kita lihat perbandingan antara Hudud, Qisas dan Ta'zir

1. Hukum Hudud

Dari segi istilah Hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang WAJIB dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

2. Qisas

Dari segi syarak, Qisas bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan­kesalahan yang melibatkan hak individu.
Mengikut hukum Qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.

3. Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas.
Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu Qisas @ Diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, Qisas bunuh dikenakan.
Hukuman bagi jenayah Pembunuhan separuh sengaja dan pembunuhan tidak sengaja adalah Diat sahaja. Qisas tidak dikenakan.

4. Ta'zir

Dan segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategoni ta’zir;

(a) Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas.

(b) Kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya.

(c) Perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah. Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 utk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan? Seperti dlm artikel Dato' Safei Daud :


Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat. Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;




1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu Al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW.Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan Agama Islam.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya.

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994



Permasalahan yg akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Seperti artikel Dato' Safei Daud lagi menyatakan:
Satu perkara yang berupa prinsip paling penting ialah hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak. Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi ``...daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.''
Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan' yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan. Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.



eXception: Kesimpulannya di sini ingin aku nyatakan ialah Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah. Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Dr Mahathir menolak Hudud PAS.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:15 PM Kategori:

3 comments:

  1. pelbagai alasan diberikan,pelbagai perkara dilakukan supaya hukum Allah tidak dilaksana,dan nampak gagal....soalnya kenapa mahathir menolak??mereka melanggar perkara 150-153....

    ReplyDelete
  2. mereka mempertikai hudud dan mencari alasan untuk tidak melaksanakannya..dimana kewajipan pemimpin sebuah negara islam??....dan seboleh boleh mencari kelemahan dalam penggubalan ekjs supaya membuktikan hudud tidak akan berjaya di malaysia..mereka tiada beza dengan amerika,mereka islamofobia,dibesarkan oleh fahaman benedictory order...inilah ikutan almasih addajjal...mereka menghina ulama yang tidak mengampu mereka...mereka menggunakan para ulama untuk backup kemungkaran mereka...merekalah yang mempergunakan agama untuk tujuan peribadi...sekadar aurat isteri2 mereka,tiada seorang mufti berani menegur...pencampuran cukai judi dan arak dalam pendapatan negara...tiada seorang mufti y bersuara...ptptn yang riba,tiada seorang mufti yang bersuara...mereka menganjur pesta maksiat,tiada seorang mufti y menegur...mereka mempersoal hudud tidak adil dan bakal mendatangkan kucar kacir...tiada seorang mufti y menegur...sehingga membawa hudud ke parlimen..mereka masih berlengah,dan pada mereka segalanya hanya diserahkan bulat2 pada ulama pas...inikah wajah pemimpin sebuah negara islam???

    ReplyDelete
  3. kalaw da pembangkang..sume yang bn ckap ko salahkan..hukum hudud pas yang x btul sgt un x plak korg pandang,tu lg serius..alau ulama tp cakap mencaci orang,aku ras x layak kot panggil ulama..akhir zaman un ad pemimpin yang hanya bertopengkan agama yea.ingt uh..pasal yang riba lah,plah sume uh...law da taw jgn la mhon..jgn amik un..persoalannya,sume harapkan kerajaan...tp pada masa yang sama memebbangkang plak kerajaan.waw...jumutnye korg..wallahualam..sekadar pendapat

    ReplyDelete

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III