Diskriminasi: Media pro-Umno 'berhati busuk' terhadap rakyat Kelantan

Berita 1 : Penonton Kelantan Beromen



BUKIT JALIL, 31 Oktober - Kemenangan Kelantan semasa Piala Malaysia baru-baru ini disambut dengan ciuman oleh kesemua penyokong yang hadir. Beribu-ribu penyokong kelantan yang hadir membuat 'french kiss' dengan pasangan masing-masing sehingga penyokong negeri sembilan naik cemburu dengan sikap penyokong kelantan yang begitu romantik. Penyokong kelantan pulang dengan hati gembira
Berita 2 : Solat di Bukit Jalil mengislamkan 2 saudara baru





BUKIT JALIL, 31 Oktober - 2 orang Mat Salleh dipercayai memeluk islam setelah melihat sendiri di depan mata bagaimana penyokong kelantan menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Menunaikan kewajipan walaupun dimana mereka berada, membuatkan hati 2 mat saleh itu terus terpikat dengan ajaran islam. syabas kepada penyokong kelantan yang menunjukkan contoh penyokong yang terbaik!!

*******

kekeke, 2 berita yang bagai langit dan bumi perbezaannya. Tapi memiliki satu persamaan iaitu.... rekaan dari penulis semata-mata!! haha, ada yang percaya ke? janganlah bro caye benda macam ni, kat internet ni, memang banyak sangat benda yang tipunya =) Tapi yang berita 2 tu, memang ramai kat negara minoriti islam seperti eropah yang peluk islam disebabkan melihat orang islam solat di tepi2 jalan

Peranan media

Tergerak menulis entry ini apabila melihat begitu banyak berita yang di salah tafsirkan oleh pembaca. Ada jugak berita yang cakap lain, tapi tafsirannya pula lain. Contoh berita 1 atas ni, aku letak je gambar tanpa sebarang ulasan, apa pendapat korang? Gambar di berita 2 ni, letak je gambar tu, apa pendapat korang?

Gambar berita 1
  • Penyokong kelantan teruk
  • Penyokong kelantan tak tahu agama
  • Nik Aziz cakap je lebih pasal negara islam
  • Orang kelantan semuanya cacat otak dan kurang siuman!

Gambar berita 2
  • Baiknya penyokong kelantan, tak tinggal agama langsung
  • Solat dimana saja berada, memang hebat
  • Hasil didikan agama yang mantap di negeri Kelantan!
  • Nik Aziz berjaya menjadikan kelantan bandaraya islam!!

Mungkin?? hurmmm

Fitnah akhir zaman

Tahukan yang facebook ni satu yang fitnah. Aku cakap facebook sebab semua gambar atas aku ambil dari facebook. begitu senang gambar ini dishare, maka senanglah fitnah itu tersebar. Orang yang menyebarkannya, merekalah dipanggil 'media bergerak' Tanpa penelitian, tanpa kajian, maka semakin banyak fitnah terjadi di kalangan kita. Yang membaca, yang melihat, yang tukang gelak, yang menimbulkan kontroversi, rasanya share dosa fitnah kita tak dapat ek? entahla labu

Penerangan gambar

Gambar berita 1 aku ambil dari mediasiber.com. Nak dapat berita hangat, kenalah ke blog ni. hehe. Yang kat atas tu adalah laki dengan laki. Itu gelagat yang memang sangat tidak sesuai untuk tontonan orang ramai, tapi faham-fahamlah, apabila menunggu di dalam stadium dari jam 4 hingga ke pukul 9 (sepak bola bermula) suasana macam ni jadi hiburan. Aku sendiri jelik dengan perangai penyokong macam ni, tapi dengan kehadiran merekalah suasana jadi lebih seronok. haha. 'do oh doh demo  ni cik abe weeh'


dia tu laki, penyokong perempuan takkan pakai macam ni dan topeng macam atas ni begitu banyak dijual di kedai

Gambar berita 2 aku ambil dari facebook juga. Aku juga ada tangkap gambar kat entry ni. Gambar penyokong Kelantan yang solat maghrib berjemaah. Kalau korang nak tahu, pukul 4 dah buka pintu stadium, dan pukul 5 hampir keseluruhan penyokong dah penuhi stadium. tang mana mereka solat, itu tanggungjawab masing-masing. Tapi bagi menyatakan orang tengok bola ni tak sembahyang, sangat bodoh tuduhan tu. Ada, ingatkan pak imam, ustaz tak pergi tengok bola ke? yang tak jadi ustaz pun ramai je yang solat bila tiba waktunya =)

pss : contoh blogger yang fail : tak bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:30 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III