Sultan Kelantan, MB ke Tanah Suci esok

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V akan berangkat menunaikan haji ke Makkah, esok, kata Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad.
Dalam kenyataan akhbarnya, beliau berharapu semoga Tuanku akan selamat berangkat dan pulang ke tanah air.
“Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan baginda,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak juga akan menunaikan haji tahun ini bersama baginda.
Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk  Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Sultan Kelantan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang esok, manakala Tuan Guru dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra penerbangan pertama 6.15 pagi esok.
Tuan Guru ketika ditemui di kediamannya petang tadi berharap, rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan rombongan ke Tanah Suci agar selamat pergi dan kembali.
“Tak apa tak datang (hantar) ramai-ramai pun, doa pun sudah cukup,” ujarnya sambil tersenyum ceria.
 Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:53 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III