Upacara letak ancak: MB Perak nafi - Mufti Perak kata khurafat....

Oleh: Pria Malaya

Setakat artikel ini ditulis, rasanya MB Perak belum lagi mengakui kesilapan diri, ataupun meminta maaf...yang ada hanyalah berita penafian serta menyalahkan PAS kononnya mereka-reka cerita, nak keruhkan hubungannnya dengan mufti Perak dan lain-lain alasan...

Boleh baca laporan mStar Online dengan tajuk, "MB Perak Dakwa Pemuda PAS Perak Main Politik Tuduh Beliau Khurafat"...

Berita (bukti) bergambar dan video akan peristiwa ini, kalian boleh rujuk artikel penulis terdahulu pada tajuk, "Upacara apa yang DS Zambry sedang buat ni?...(video inside)"...harap-harap tiada lagi penafian oleh MB Perak serta blogger 'kipas-susah-mati' Umno yg bermatian2 mempertahanan MB 'mahkamah' ini..

Upacara letak ancak tiang seri khurafat - Mufti

Alhamdulillah...pada 7 November yang lalu, dilaporkan Mufti Perak akhirnya akur untuk menegur perbuatan anak buahnya MB Perak yang dikatakan telah melakukan amalam khurafat iaitu sesuatu yg bercanggah dgn Islam..boleh baca akhbar Sinar Harian bertarikh 7 November (sebagaimana dalam gambar di atas)...



Tahniah penulis ucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yg dahulunya telah mengambil langkah yang bijak lagi profesional dengan berjumpa Mufti Perak bagi merungkai persoalan yang timbul..nak harap pemuda dan puteri Umno?..

Boleh rujuk artikel terdahulu pada tajuk, "HOT: Isu Rosmah dan Dr. Zambry, Pemuda PAS Perak hantar memo kepada Mufti"...bak kata orang, dlm sesuatu hal/keadaan, kita perlu mengasak supaya pihak berkenaan memberikan respon, jika tidak jangan haraplah...

Untuk yang terakhirnya, suka penulis untuk membawa kalian membaca sebuah artikel dari Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim MBA (blogger Mahaguru58) dlm isu tegur pemerintah...boleh baca pada tajuk, "Teguran buat Mufti Perak: "Ulamak muktabar wajib bersuara menegur pemimpin politik!" - mahaguru58"...wallahua'lam...

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:19 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III