Siri 1: 2 Keraguan Kononnya Ulangan 1998 & Ancaman Bunuh

Keraguan 1

Anwar kata kes liwat kali ini adalah ulangan tahun 1998. Betul ker?

1. Kes liwat Anwar kali ini nampak macam simple. Langsung tak komplikated. Ceritanya Mohd Saiful Bukhari, remaja berumur 22 tahun buat laporan polis mendakwa diliwat oleh Anwar. Itu saja tak sentuh isu lain. Tak mungkin diulang cerita bodoh macam cerita Hindustan yang boleh diulang-ulang dua tiga kali. Dah tu kenapa Anwar heboh timbulkan isu konspirasi, agenda politik, entah apa-apa lagi. Nasib baik bapa Saiful buat press statement desak Anwar beri kerjasama dengan polis beri DNA, kalau tidak habis ditipu kita bulat-bulat. Nampak sangatlah kes liwat ini tidak ada kena mengena dengan ulangan kes tahun 1998 politik ke dan sebagainya.

2. Dari satu segi, kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Kalau gentlemen jawab jelah dakwaan tu, tak payah ajak orang ramai-ramai yang tak tahu menahu hujung pangkal. Tipu Allah S.W.T boleh minta ampun direct bila-bila pun, tapi tipu manusia susah beb macam mana nak minta maaf. Berjuta orang terlibat.

Keraguan 2


Anwar kata nyawanya terancam kerana ada orang nak bunuh dia. Sebab itu dia cepat-cepat menyorok di kedutaan Turki. Betul ke?
3. Sejak dibebaskan dari penjara pada September 2004 sampai sekarang tak pernah sekalipun kita dengar nyawa dia diancam. Ke hulu ke hilir pagi petang siang malam melalak bagi ceramah satu Malaysia pegi tipu orang Melayu, Cina dn India, pergi oversea balik oversea pun ok je. Cerita tentang Anwar dapat ancaman bunuh timbul sebaik saja Saiful buat laporan polis. Kenapalah nak buat-buat tipu orang melalui SMS, kononnya dapat ancaman bunuh. Ingat Anwar beri SMS kepada orang kanannya kata beliau diancam bunuh. Pelik bin ajaib, Tengok.! Sampai sekarang tak ada satu laporan polis pun dibuat. Amende ye ancaman bunuh tuh. Anwar memang kuat berbohong. Yang kita tahu lepas bebas dari penjara, Anwar melalak tipu orang satu Malaya langsung tak timbul cerita nyawanya terancam.

4. Anwar pernah kata, dia tak mahu pakai baju kalis peluru yang dibekalkan polis. Sebab katanya, jika orang nak bunuh dia macam-macam cara boleh dibuat termasuk tembak kepala, atau gunakan bom atau sebagainya seperti yang berlaku di luar negara. Di luar negara biasa berlaku bunuh orang tembak kepala atau pakai bom macam kat Lebonan tapi di Malaysia “Yikleek”. So, tak perlulah Anwar reka-reka cerita. Itulah tanda-tanda orang takut dengan baying-bayang sendiri. Betul tak. Tapi yang paling pelik Duta Turki pun dah mengaku dengan kerajaan yang Anwar datang ke Turkey Embassy tanpa jemputan daripada mereka. Tak ke haram jadah penipu namanya.



SUMBER : g a R a m a N i s 

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:32 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III