12 maut pertempuran agama di Kaherah

BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah gereja di pinggir Kaherah, Mesir kelmarin.

Seramai 12 orang maut dalam satu keganasan agama di pinggir Kaherah malam kelmarin.

Ekoran itu, pihak tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu berikrar akan memerangi keganasan agama.

Perdana Menteri sementara, Essam Sharaf membatalkan lawatan ke negara-negara Teluk untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ekoran kejadian tersebut.

Pihak pemerintah kemudian memutuskan untuk menempatkan lebih ramai anggota keselamatan dekat dengan lokasi rumah ibadat.

Kabinet juga memutuskan untuk mengetatkan undang-undang untuk menjadikan serangan rumah ibadat sebagai satu jenayah.

Keganasan agama itu berlaku selepas 500 anggota konservatif Muslim berhimpun kelmarin untuk menuntut sekumpulan penganut Kristian menyerahkan seorang wanita Islam yang dipercayai telah menukar agama

Kumpulan Muslim itu kemudian disertai penduduk seagama yang meminta mereka dibenarkan memasuki sebuah gereja untuk melihat wanita tersebut.

Ketegangan kemudian berlaku menyebabkan kebakaran gereja, tembakan senjata api dan kedua-dua pihak saling membaling bom api serta batu.

Seramai 232 orang cedera dalam kejadian itu manakala perintah berkurung dikuatkuasakan di kawasan gereja tersebut sehingga pagi ini.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:58 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III