AS siar wajah Osama sebelum mati ditembak

WAJAH Osama bin Laden yang dirakamkan pada 24 Disember 1998.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyiarkan wajah Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden yang sedang memegang alat kawalan jauh dan menonton televisyen.

Gambar itu diperoleh daripada satu pita video yang dirampas oleh komando AS semasa melakukan serbuan di rumah tempat perlindungan Osama di bandar Abbottabad, Pakistan pada minggu lalu.

Osama mati ditembak oleh komando AS dalam serbuan itu.

Terdapat lima klip video yang menunjukkan wajah Osama.

Salah satu video itu menunjukkan janggut Osama sebenarnya berwarna putih dan tidak berwarna hitam seperti yang terdapat dalam beberapa siri gambar dan rakaman video.

Menurut sebuah akhbar semalam, Osama mewarnakan janggutnya supaya ia kelihatan hitam sebelum dia membuat rakaman video untuk menyampaikan mesejnya.

Imej itu menunjukkan Osama duduk di atas lantai manakala tubuhnya ditutup dengan selimut sambil menonton televisyen satelit dengan memakai topi berwarna hitam.

Menurut beberapa pegawai, klip video tersebut merupakan sebahagian besar daripada koleksi bahan milik pengganas yang berjaya dirampas.

Turut dirampas ialah nombor telefon dan dokumen yang diharapkan dapat membantu mendapatkan maklumat mengenai serangan pengganas di AS pada 11 September 2001.

Dalam rakaman itu juga, bilik Osama itu didapati mengandungi komputer walaupun terdapat dakwaan sebelum ini bahawa rumahnya tiada talian telefon dan internet.

Satu imej menunjukkan Osama suka menonton rangkaian Al-Jazeera dan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berbahasa Arab.

Televisyen lama yang terdapat di bilik Osama itu diletakkan di atas sebuah meja dengan terdapat banyak wayar elektrik ke sebuah kotak kawalan.

Dalam satu pita rakaman, Osama kelihatan sudah mewarnakan janggut dan menipiskannya untuk tujuan menyampaikan mesej kepada penduduk AS.

Menurut seorang pegawai kanan Agensi Perisikan Pusat (CIA) kepada pemberita, ketua Al-Qaeda itu dipercayai menyampaikan mesej itu pada musim gugur lalu.

Terdapat empat video yang menunjukkan Osama sedang berucap dengan latar belakang yang berbeza tetapi suaranya tidak diperdengarkan.

Namun, video itu tidak mempunyai tarikh.

Menurut pentadbiran AS, rumah persembunyian Osama itu yang dikatakan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) sebenarnya hanya bernilai AS$250,000 (RM750,249).

Beberapa pegawai menyatakan bahawa maklumat yang diperoleh menunjukkan bahawa Osama lebih terlibat dalam memberi arahan kepada anggota Al-Qaeda dan operasi.

Satu lagi rakaman video yang bocor kepada stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan bahawa terdapat dinding rumah itu dipenuhi dengan sampah sarap.

Dinding rumah tersebut kelihatan seperti mengelupas. 

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:59 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III