Konspirasi Kristian: Jeff Ooi lapor polis

Ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi membuat laporan polis ke atas akhbarUtusan Malaysia dan seorang penulis blog berhubung dakwaan “berniat jahat” melalui laporan yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menukar agama rasmi negara.


Ooi yang juga anggota jawatankuasa pusat DAP mahu polis menyiasat Utusan Malaysia atas laporan bertajuk 'Kristian Agama Rasmi?' yang menjadi tajuk utama akhbar berkenaan semalam.
Selain itu, laporan berkenaan juga dibuat berhubung laporan akhbar itu di halaman lima, bertajuk 'Dua halaman blog dedah ikrar paderi seluruh negara' dan 'Jeff Ooi nafi anjur majlis'.


Ooi berkata, tulisan tersebut membayangkan bahawa beliau telah menghadiri satu pertemuan bersama pemimpin agama Kristian pada Jumaat lalu di mana kumpulan berkenaan telah berdoa supaya Kristian menjadi agama rasmi Malaysia dan supaya seorang Kristian menjadi perdana menteri.

Laporan dalam Utusan Malaysia itu adalah berdasarkan tulisan di satu blog pro-Umno, Zakir Mohammed bertajuk 'Making Christianity the official religion' yang turut mendakwa bahawa Ooi telah menganjurkan pertemuan berkenaan.

Zakir dan seorang penulis blog yang tidak dikenali turut menyiarkan satu foto yang menunjukkan sekumpulan penganut agama sedang berdoa.

Bercakap dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini, Ooi menggesa Zakir dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf kepada semua penganut Krisitan dalam tempoh 24 jam atas dakwaan yang dilemparkan itu.

Ooi berkata, Utusan Malaysia juga telah menyimpulkan dalam laporan berkenaan bahawa DAP terlibat dalam satu tindakan berbahaya dan mendakwa parti itu membawa strategi politik cauvinis Cina ke tahap yang tinggi dan sensitif.

Ooi juga berkata, penulis blog berkenaan juga cuba untuk menimbulkan sentimen anti-Cina di kalangan orang Melayu walaupun tidak kesema masyarakat Cina merupakan penganut Kritian.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:37 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III