Anwar jangan selektif, kata Mustapa

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dengan mendakwa ketua pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.

Mustapa berkata, walaupun kerajaan mengakui bahawa persaingan global menurun, gambaran sebenarnya tidak seburuk yang digambarkan oleh Anwar.

Antaranya, menurut beliau, Anwar bersifat selektif mengutip pandangan daripada laporan tertentu, antaranya tidak menyebut tentang Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2009 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) tentang keberkesanan kerajaan dan persaingan perniagaan.

Menurut buku itu, Malaysia melompat 10 anak tangga ke tempat kesembilan daripada 58 negara yang dikaji.

Mustapa (kanan) menggambarkan Anwar menggunakan data yang ketinggalan apabila menimbulkan laporan Bank of America Merrill Lynch bukan lepas yang menyatakan Malaysia sebagai pasaran yang tidak digemari daripada 12 negara Asia Pasifik. Menteri itu berkata dalam susulan bank itu, Malaysia sebaliknya menunjukkan peningkatan.

Mustapa juga pengerusi Umno Kelantan berkata, tidak menafikan kerajaan perlu peningkatan, kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP).

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:23 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III