Beberapa buah rumah di kawasan perkampungan nelayan Kuala Bagan Tiang dalam Dun Titi Serong ditenggelami air beikutan air pasang besar yang naik dan melimpahi tebing yang telah dibina oleh kontraktor sebelum ini.
Salah seorang warga tempatan menjelaskan bahawa benteng penghalang air berhampiran rumah penduduk telah dibina oleh kontraktor yang dilantik membina benteng itu dengan mengabaikan aspek ketinggian yang sepatutnya, diangarkan puluhan rumah menerima nasib yang malang di mana rumah mereka dimasuki oleh air masin serta bau busuk berikutan air pasang yang luar biasa selama 4 hari berturut-turut.
Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim (gambar) telah meninjau kawasan terbabit pada jam 9.00 pagi kelamrin dengan diringi oleh Ketua PAS Cawangan Kuala Bagan Tiang, Haji Bakhtiar.
Menurutnya, penduduk memaklumkan bahawa masalah itu akan selesai jika pihak penguasa tempatan dapat membina benteng penghalang air mengikut saranan mereka yang mencadangkan supaya benteng tersebut dibina sekitar dua kaki lebih tinggi daripada paras jalan yang sedia ada.
Katanya, sebahagian kecil telah dibina mengikut ketinggian yang boleh mengelakkan limpahan air namun itu pun tidak menepati piawaian benteng yang kukuh.
Tinjauan mendapati benteng walaupun dibina dengan ketinggian dua kaki, tetapi amat nipis dengan beberapa retakan serta pecah telah ditemui pada kawasan bawah benteng tersebut.
Penduduk juga memaklum bahawa benteng tersebut perlu ada paip besar yang memudahkan saliran air yang bertakung untuk mengalir ke sungai.
Khalil menghubungi pihak berwajib bagi mengatasi masalah tersebut.
Penduduk minta benteng dibina lebih tinggi
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:45 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 12
(21)
- Wanita-Wanita Pertama mula bersidang
- Konsert: Kerajaan suburkan gejala sosial
- Penduduk minta benteng dibina lebih tinggi
- Ibrahim Ali didakwa tidak hormati mendiang Chong
- Generasi kedua jawab fitnah Ahmad Maslan
- Kes bicara kematian Aminulrasyid bermula
- Jangan percaya rayuan Najib, tolak Umno BN
- Rahimi: Tanyalah Anwar siapa masukkan saya?
- Ku Li yang sebenarnya diuji di Galas
- 'Dr Ayam' didakwa pernah pukul bekas isteri
- Konsert artis 'gay': Pemuda PAS hantar memo bantah
- Kepura-puraan Pemimpin BN
- 35,000 kes orang hilang memalukan
- CAP: Harga rokok patut naik RM30 sekotak
- Tanam semula: Ahmad guris perasaan peneroka
- Galas: PAS turut senarai calon Orang Asli
- Sosilawati: PAS persoal lambat selesai siasatan
- M'sia disaran gubal Akta Jenayah Sihir
- Impian Najib suatu pembohongan
- Anwar jangan selektif, kata Mustapa
- Rakyat bijak, tidak terpedaya projek segera
-
▼
Oct 12
(21)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment