Impian Najib suatu pembohongan

Rakyat, khususnya bukan Melayu dinasihatkan supaya tidak terpengaruh oleh impian terbaru yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam di Perhimpunan Tahunan Agung MCA ke-57.

Demikian peringatan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub.
Najib, Perdana Menteri berkata, BN mesti disokong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya Malaysia boleh dipacu menjadi negara kelas pertama abad ke-21 melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) sekarang.


Selepas Strategi Reformasi Inisiatif (SRIs), iaitu bahagian pertama dari Model Ekonomi Baru (MEB) yang berakhir pada Mac lalu mendorong pentadbiran Najib mengunjurkan pertumbuhan KDNK 6 peratus melalui ETP.

“Saya tidak ada masalah dengan sasaran 6 peratus untuk 2011-2020 yang mahu dicapai kerana itu adalah suatu impian,” kata Mustaffa kepada Harakahdaily.

Tetapi, katanya kalau melihat pada pertumbuhan KDNK pada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) dan RMK9 yang masing-masing adalah 4.7 peratus dan 4.2 peratus; adakah impian Najib ini suatu yang realistik, atau sekadar mahu menipu rakyat semata-mata.

Sepatutnya, kata beliau Najib mesti mempunyai komitmen yang lebih dalam menangani kepincangan nilai dalam urus tadbir negara.

Beliau menambah, rasuah, kronisme, politik perkauman yang ekstrem merupakan antara faktor utama yang menghalang dunia melihat Malaysia sebagai hub pelaburan yang sihat.

Selagi Umno BN menjadi parti rasis dalam negara, ujarnya selagi itu rakyat masih dibelenggu dengan budaya Zenofobia atau semangat membenci orang-orang asing.

Katanya lagi, aksi mengarak kepala lembu, bakar dan vandalisme surau serta rumah ibadat adalah antara fenomena zenofobia yang sedang memisahkan dunia dengan negara.

“Sebab itu, rakyat perlu meninggalkan Umno BN pada PRU13 kelak. Impian Najib bertujuan menipu rakyat pada PRU13 nanti,” ujarnya.

Justeru, beliau mengajak rakyat supaya mengangkat politik nilai dan menolak politik pembohongan Najib.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:24 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III