Dakwa Nik Aziz gila: Umno Besut enggan ulas, mahu bincang dulu

Umno Besut enggan memberi sebarang komen berhubung gesaan PAS kawasan Besut yang meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat selepas Nik Aziz (gambar) dikatakan telah dikritik secara keras dan dilabelkan “gila” oleh penceramah jemputan Umno yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Luas Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut Nawi Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana perlu berbincang dengan pucuk kepimpinan bahagian itu.

“Saya tidak boleh kata apa-apa mengenai perkara itu.

“Saya perlu bincang dulu dengan Ketua Umno Bahagian (Datuk Seri Idris Jusoh),” katanya.

Semalam PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno bahagian itu memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz yang disifatkan sebagai Tok Guru “gilo” (gila).

Penceramah jemputan dalam ceramah yang bertajuk “DAP Anti Islam” pada 1 Oktober lalu dikatakan menggelarkan Mursyidul Am PAS itu “gilo” berulang kali.

Sekiranya, Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum pukul 12 tengah hari ini, PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad semalam berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.

“Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah (bawah) yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

“Beliau (Abdullah) menggelar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Malah kata beliau, PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

0

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:42 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III