Gerakan tolak perletakan jawatan Lim

Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan malam semalam, memutuskan untuk menolak surat perletakan jawatan Tun Dr Lim Keng Yaik selaku penasihat parti yang dikemukakannya.

Presiden parti Tan Sri Koh Tsu Koon berkata mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira tiga jam bermula 7 malam semalam itu, sebaliknya memutuskan untuk meminta Lim mempertimbangkan semula keputusan itu.

"Ini adalah demi kepentingan dan perpaduan parti," katanya yang ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu.
Bagaimanapun, Koh enggan mengulas lanjut isu tersebut.

Lim yang merupakan anggota Gerakan selama 36 tahun, menyerahkan kepimpinan parti kepada Koh pada April 2007.

Beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penasihat parti itu secara mendadak semalam, kerana tidak berpuas hati dengan penggantinya (Koh) yang dikatakan gagal mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan banyak isu melibatkan Gerakan, walaupun telah diberi pelbagai nasihat.

Turut hadir Ketua Wanita Datuk Tan Lian Hoe, Ketua Pemuda Lim Si Pin dan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nam.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:02 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III