Jawatankuasa pusat tolak keputusan Keng Yaik letak jawatan penasihat Gerakan

Jawatankuasa kerja pusat Gerakan yang mengadakan mesyuarat khas malam ini memutuskan untuk menolak keputusan Tun Dr Lim Keng Yaik meletakkan jawatan penasihat sebagaimana diumumkan semalam.

Selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat Gerakan di sini, jawatankuasa memutuskan untuk tidak menerima keputusan Dr Lim, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Koh menggantikan Dr Lim sebagai presiden Gerakan tiga tahun lalu.
“Selepas perbincangan mendalam, demi perpaduan parti, jawatankuasa pusat Gerakan memutuskan tidak akan menerima keputusan penasihat meletakkan jawatan dan merayu agar beliau mengkaji semula (keputusannya),” kata Koh pada sidang media selepas mesyuarat yang berakhir sekitar 10 malam tadi.

Bagaimana Koh tidak memperincikan  pendekatan partinya untuk merayu agar Dr Lim kembali meneruskan peranannya.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider siang tadi, Dr Lim menegaskan beliau tidak akan menarik balik keputusannya mahu melepaskan jawatan penasihat Gerakan.

Dr Lim berkata, beliau sudah tidak lagi berminat untuk mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh kepimpinan Gerakan.

Beliau menambah, tiada gunanya untuk kekal dalam Gerakan apabila Koh, anggota Kabinet, membawa parti ke arah ‘kemusnahan’.

“Saya tidak mahu kemudian orang mengatakan bahwa saya orangnya memberikan nasihat yang salah. Tak mungkin,” kata beliau.

Semalam, Dr Lim mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai penasihat parti itu kerana kecewa dengan kepimpinan Koh dan tidak menghiraukan nasihat cara untuk menangani masalah parti.

Dr Lim juga mengecam Dr Koh memilih untuk menghadiri mesyuarat agung MCA Ahad ini dan enggan menghadiri mesyuarat agung luar biasa Gerakan Pulau Pinang, yang diadakan bagi membawa usul undi tidak percaya terhadap Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan.

Koh pula berkata penasihat parti itu Dr Lim yang meradang dan meletak jawatannya, mungkin disebabkan salah faham.

Koh berkata beliau sentiasa memantau dan mencari jalan penyelesaian kepada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Pulau Pinang, sama ada secara terus dengan pemimpin utama atau secara tidak langsung dengan pemimpin pelbagai peringkat lain di negeri itu.

“Walaupun saya dan Tun Dr Lim telah bercakap mengenai keadaan Pulau Pinang sebelum ini, beliau telah membayangkan akan menyerahkan kepada saya dan pimpinan yang ada bagi mencari penyelesaian.

“Oleh sebab itu, saya tidak menghubungi beliau secara terus selepas tindakan EGM timbul pada 15 September. Ini mungkin membawa kepada beberapa salah faham,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Koh, yang melahirkan harapan bahawa pertikaian dalam Gerakan Pulau Pinang akan dapat diselesaikan, telah menekankan bahawa perbezaan perlu diselesaikan melalui saluran parti dan cuba seboleh-bolehnya mengelakkan daripada mengadakan EGM.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:44 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III