Menteri Pengangkutan berhak batal keputusan LPK

Menteri Pengangkutan mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan yang diambil oleh Lembaga Pelabuhan Klang untuk sama ada mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas pengarahnya.

"Adalah menjadi haknya sebagai menteri untuk menentukan perkara yang di bawah kementeriannya. Tetapi beliau selama ini belum pernah campur tangan.

"Beliau hanya menentang keputusan kami untuk tidak membayar Kuala Dimensi tetapi bagi kami, kami telah menjalankan tanggungjawab,” kata pengerusi lembaga pengarahnya, Lee Hwa Beng.

Menurut Lee, lembaga pengarah sekarang yang dianggotai oleh tujuh anggota, masih belum dapat membuat keputusan sama ada mengambil tindakan undang-undang kerana masih mahu berunding dengan penasihat undang-undang mereka."Ini adalah keputusan yang paling sukar, kami akan dibidas jika bertindak dan akan juga dikutuk jika berdiam diri.

"Apa yang dilakukan bukan satu jenayah tetapi ketidak-cekapan pengurusan, jadi adalah sukar untuk membuat keputusan.

"Lagipun, ia membabitkan ramai orang termasuk lantikan politik dan wakil kerajaan termasuk dari pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan,” katanya.

Katanya, ahli lembaga pengarah mempunyai sehingga 30 November untuk merujuk kepada peguam masing-masing.

Peguam LPK sebelum ini telah menasihatkan ahli lembaga pengarah supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas pengarahnya.

Mereka juga menghadapi tindakan saman oleh lembaga pengarah pada masa akan datang jika gagal mengambil tindakan sewajarnya.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:35 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III