Elak spekulasi dinasti Lim, Si Pin undur 2011

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya yang akan berakhir pada hujung tahun hadapan.

Katanya, keputusan itu dibuat demi kepentingan parti di sebalik khabar angin yang mendakwa beliau akan menduduki kerusi presiden.

"Ia kerana teori-teori konspirasi yang menyelubung ahli parti, semua cakap-cakap mengenai membina dinasti...Jika mereka tidak hentikannya, bagaimana kita hendak tarik orang muda menyertai kami?

"Banyak kerosakan yang telah dilakukan terhadap parti dan jalan terbaik ialah supaya saya berundur dari kepimpinan parti,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.Lim bagaimanapun berkata keputusannya itu bukan tanda protes terhadap kepimpinan parti dan mengulangi bahawa beliau hanya berminat menghentikan dakwaan spekulasi dinasti daripada berterusan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:53 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III