Tukar sekolah - amaran bagi guru edar risalah ubat seks

Isu displin yang membabitkan pelajar dan guru-guru di sekolah-sekolah di seluruh negara akan sentiasa dipantau kerana iai melibatkan soal integriti pendidikan di Malaysia, kata Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi.

Sehubungan itu, menurutnya tindakan menukar seorang guru displin sebuah sekolah di Skudai, Johor yang didapati bersalah kerana mengedarkan risalah ubat perangsang seks kepada pelajarnya itu adalah sebagai amaran keras.

Katanya, walaupun ini kesalahan pertama guru berkenaan, namun beliau tetap dihukum dan menjanjikan tindakan lebih tegas sekiranya guru terbabit mengulangi perbuatannya itu."Kementerian tegas dalam masalah displin. Kementerian tidak akan bertolak ansur dalam kes-kes seperti ini. Kalau ada laporan yang dibuat oleh ibu bapa (tentang isu displin), kita tidak akan bertolak ansur.

"Kementerian sentiasa memantau isu displin yang membabitkan pelajar dan guru-guru kerana ini melibatkan soal integriti pendidikan di Malaysia sebenarnya," katanya dalam satu sidang media di ibu negara pagi ini.

Puad berkata demikian selepas merasmikan majlis penutupan Kerjasama Malaysia-Australia untuk projek Pendidikan Afghanistan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, seorang guru displin dilaporkan ditukar ke sekolah menengah lain di Johor Bahru baru-baru ini setelah didakwa mengedarkan risalah ubat perangsang seks di sekolahnya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Johor Sufaat Tumin dipetik berkata tindakan menukar guru displin itu dibuat selepas siasatan selesai pada bulan lalu dan hasil aduan tersebut dimajukan kepada kementerian.

Perkara ini timbul berikutan aduan yang dibuat oleh seorang daripada bapa pelajar di sekolah itu yang menjumpai risalah ubat perangsang seks dalam buku sekolah anaknya dua minggu lalu.

Mengulas lanjut, Puad yang juga ahli parlimen Batu Pahat turut menegaskan tindakan guru displin itu adalah "tidak bertanggungjawab dari segi etika dan salah dari segi moral".

Sehubungan itu, dalam kes ini kementerian turut mengarahkan Jabatan Pelajaran Johor memantau dan menyiasat supaya perkara ini tidak akan berulang.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 3:58 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III