Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengadakan satu himpunan generasi kedua Felda di perantauan pada 10 Oktober (Ahad) ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
Majlis akan bermula pukul 8 malam itu akan menampilkan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Mazlan Aliman (Pengerusi Anak), Azman Shapawi Abd Rani (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat) dan Khalid Samad (MP Shah Alam).Menurut pengarah program, Mohd Nasaie Ismail, himpunan itu dibuat untuk melancarkan Anak Lembah Klang dan juga memberi pendedahan isu-isu Felda kepada warga Lembah Klang.
Selain anak, cucu dan menantu peneroka Felda, katanya penganjur juga menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar ucapan pimpinan khususnya berkaitan isu Felda dan isu politik negara mutakhir ini.
“Program ini merupakan rentetan usaha-usaha memperjuangkan hak peneroka Felda dan isu berkaitan dengan tanah. Selepas melancarkan Anak generasi kedua Felda), Bapa (Felcra), Anak Lembah Klang ini akan mengukuhkan lagi gerakan menuntut hak-hak peneroka,” katanya.
Menurutnya, pada tarikh yang sama sebelah siangnya akan diadakan pertemuan dengan alumni kakitangan Felda yang turut sama memberi sokongan terhadap usaha itu.
Himpunan generasi kedua Felda 10 Okt
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:02 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 08
(23)
- Rahimi: Saya tiada niat mahu ganggu kes liwat kedu...
- Sukan Komanwel: Kami sedar Aricco guna logo Sabah ...
- Pemansuhan PMR, UPSR diumum 'bila-bila masa'
- Mokhtar Mat Saman, aktivis PAS Selayang meninggal ...
- Kita bukan gila jawatan, kata ketua Puteri Umno
- Cerita Rahimi menurut versi peguam
- Calon Galas: PAS akan solat istikharah
- Tukar sekolah - amaran bagi guru edar risalah ubat...
- Rasis: Kit Siang kemuka usul ke Speaker Dewan Rakyat
- PRU 13: Bendera kemenangan Islam diarak dari Perli...
- Himpunan generasi kedua Felda 10 Okt
- Samy Vellu didesak Tun M atau contohi Keng Yaik
- Bagaimana Transaksi Wang Haram?
- Elak spekulasi dinasti Lim, Si Pin undur 2011
- Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan
- 'Ahli Umno tolak NEM sebab tak faham'
- Perwakilan Gerakan dakwa cubaan rasuah
- Rebut jawatan: Umno sudah habis ‘oksigen’
- 'Doktor ayam' tinggalkan MCA, sertai PKR
- Mustaffa Kamil: Saya mahu menang bermaruah
- Zunar, Malaysiakini dapat kebenaran cabar KDN
- Tolak budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal
- In response to the allegation of duress by Rahimi ...
-
▼
Oct 08
(23)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment