Mokhtar Mat Saman, aktivis PAS Selayang meninggal dunia

"Manusia mati tinggalkan nama, harimau mati tinggalkan belang". Pepatah yang sinonim bagi seorang yang berjasa dimasa hayatnya.

Perginya seorang aktivis PAS yang telah banyak menabur budi di persada dunia politik perjuangan ISLAM merupakan 1 kehilangan yang besar di kawasan tersebut.

Almarhum Hj. Mokhtar Mat Saman, 65,  meninggal dunia semalam akibat sakit jantung, kanser usus dan kencing manis yang dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu.
Beliau meninggalkan seorang balu Pn. Hasrinah dan 3 orang anak. Ketika usianya masih ada beliau dan isteri begitu terkenal dalam dunia urutan bagi merawat pesakit yang mengalami sakit urat saraf, patah tulang, bersalin dan sebagainya.

Beliau merupakan aktivis PAS yang telah berkecimpung dunia politik sejak usianya masih remaja sehingga kini.

Beliau merupakan setiausaha kerja PAS kawasan selayang, Pembantu Pendaftaran SPR dan banyak lagi jawatan yang disandang diperingkat negeri dan pusat.

Walaupun usianya yang semakin lanjut dan mengalami berbagai penyakit, namun ia bukan penghalang padanya untuk menjalankan tugasan dengan baik untuk perjuangan ISLAM.

Pesuruhanjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali merangkap Adun Gombak Setia turut hadir memberi pengohormatan buat kali terakhirnya sekaligus menguruskan jenazah, mengimamkan solat jenazah sehingga dikebumikan ditanah perkuburan Islam selayang.

"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehillangan besar pada kita. Beliau banyak berjasa dalam melakukan kerja-kerja parti. Allahyarham cukup dikenali ramai dengan sifatnya yang ramah dan suka membantu orang lain," katanya.

Semasa hayatnya juga, Allahyarham tidak lokek dan sering menginfaqkan harta, tenaga, masa dan diri dalam menegakkan Islam melalui perjuangan dalam PAS.

Beliau bersama isteri sering hadir dalam majlis-majlis di peringkat pusat, negeri dan kawasan.

"Setiap kali pilihanraya kecil diadakan, beliau dan isterinya tidak ketinggalan untuk bersama membantu kerja-kerja pilihanraya.

"Saya difahamkan di saat-saat akhir meghembuskan nafas, beliau masih berada di hadapan komputer untuk melakukan penyemakan daftar-daftar pemilih baru yang boleh mengundi dalam PRU ke -13," kata Dr Hasan lagi.

Beliau turut merakamkan takziah buat isteri dan anak-anak Allahyarham dan mendoakan keluarganya tabah menghadapi ujian ini dan meneruskan kehidupan ini untuk bersama membantu perjuangan Islam.

Sementara itu, Hasrinah sebagai isteri almarhum telah menerima sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) daripada kerajaan negeri sebanyak RM1500 dan RM2000 daripada PAS kawasan bagi membantu ahli keluarga untuk menguruskan jenazah.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:11 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III