Bapa Azreen hargai usaha Husam, Alex pertemukan anaknya

ImageSebelum ini akhbar melaporkan Azreen dibawa lari oleh seorang warga Indonesia, Toni Wijaya atau Supardi yang bekerja di ladang tempat keluarga Azreen menetap di Kampung Ulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan.
Che Ishak yang ditemui di rumahnya pagi tadi memberitahu, Alex melalui Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat dan Kijang Care menghubunginya beberapa hari selepas membaca isu kehilangan anaknya ke Indonesia dan bersungguh untuk mencari Azreen di Lombok Timur.

Turut serta dalam pertemuan antara Alex dan Che Ishak di Rantau pagi tadi ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan.
Untuk maklumat, Kijang Care adalah sebuah pertubuhan yang diketuai oleh Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa.
ImageBercakap lanjut menegani penemuan Azreen, Che Ishak berkata, selepas empat hari pencarian dibuat, Alex akhirnya menelefonnya pada Sabtu lalu untuk memberitahu khabar gembira bahawa Azreen telah ditemui.
"Masa Alex telefon saya, waktu tu lepas Isyak, dia kata dah jumpa Azreen melalui kawannya di Lombok, hati saya berasa lapang, bersyukur ada pihak yang sudi membantu saya walaupun saya tidak pernah kenal dengan Alex ini.
"Alex ada memberitahu saya bahawa mula-mulanya, dia agak buntu pada permulaan pencarian apabila klu yang diperolehinya sukar menemukan lokasi Azreen, akhirnya Alex memberitahu saya dia ada menelefon Dato' Husam (Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa) dan meminta Husam berdoa agar usaha menemui kejayaan,
"Beberapa hari selepas itu, akhirnya Alex memberi khabar gembira kepada saya Sabtu lalu, lapang dada saya apabila mengetahui hal itu,
"Saya ucap terima kasih sangat-sangat kepada Alex, dan saya tak sangka Alex yang boleh berbahasa Indonesia dan Kelantan inilah yang akan menemukan saya dengan anak saya nanti.
Image"Saya juga nak ucap terima kasih kepada Dato' Husam yang turut memberi sumbangan dan mencetuskan pencarian ini bersama Alex dan kawan-kawannya," katanya.
"Saya tidak pernah melihat atau berjumpa dengan Dato' Husam, tetapi pada piliha raya lalu semasa saya pulang ke Kelantan, saya ada melihat gambar Dato' dilekatkan di rumah bapa saya,
"Waktu Alex sebut nama Dato' antara mereka yang kuat membantu dalam hal ini, saya teringat kepada gambar yang pernah saya tengok semasa pilihan raya lalu," kata Che Ishak dengan nada yang cukup gembira.
Sementara itu Alex pula berkata, beliau turut berterima kasih kepada banyak pihak termasuk kawan-kawannya di Indonesia (Lombok) dalam usaha pencarian Azreen ini.
Kehadirannya hari ini bertemu dengan Che Ishak adalah untuk menguruskan soal pemergian bapa Azreen ke Indonesia dalam usaha mempertemukan mereka.
Kini katanya Azreen berada di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur dan dari semasa ke semasa remaja itu dipantau oleh rakan-rakannya di sana.
Image"Kita harus berdoa kepada tuhan agar menyegerakan pertemuan antara bapa dan anak ini, kerana kerinduan bapanya kepada anak ini," katanya.
Beliau hanya berusaha untuk mempertemukan, selebihnya kata beliau ia adalah datang dari tuhan yang merancang dan memutus segalanya.
Selain usaha yang dibuatnya bersama Husam, beliau turut mengharapkan agar kerajaan Malaysia, Kementerian Luar Negara dan Kedutaan Malaysia di Indonesia turut membantu usaha membawa pulang Azreen dengan cara yang amat baik dan diplomasi.
Beliau memberi komitmen akan menguruskan pertemuan Azreen dengan bapanya di Indonesia dalam jangka masa seminggu.
Akhbar harian menyebut Azreen, 13, yang hilang sejak Aidiladha lalu dipercayai menjadi mangsa pukau seorang lelaki warga Indonesia yang juga jirannya ditemui semula di Desa Terentem, Dusun Kabar, Lombok Timur, Indonesia, Jumaat lalu.
Che Ishak yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Ladang Ulu Sawah, Kuala Sawah, Rantau dekat sini, berkata beliau diberitahu Migrant Care sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab mengenai buruh Indonesia bahawa anaknya sudah ditemui.
Remaja itu kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera serta berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur, manakala lelaki 27 tahun yang melarikannya sudah ditahan pihak berkuasa tempatan.
ImageChe Ishak dijangka ke Lombok dalam minggu ini bagi menemui dan membawa pulang anaknya dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kijang Care yang turut membiayai kos perjalanan dan pasportnya.
Dalam pertemuan pagi tadi, Adun Paroi telah memberikan sumbangan pada keluarga terbabit untuk membantu meringankan beban yang dihadapi.
Dan Taufek turut berjanji untuk memantau perkembangan keluarga tersebut dari semasa ke semasa.
Untuk makluman, Rantau adalah kawasan Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan dan Dun tersebut adalah di bawah Parlimen Rembau yang mana ahli Parlimennya ialah, Khairy Jamaluddin

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:51 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III