SANDIWARA PUAK FITNAH:SAKSI KES ZINA ADUN SELISING DILANGGAR DAN DITETAK

Isu dakwaan zina ke atas Adun Selising,Pasir Puteh Drs.Saipul Bahrin Mohamad nampaknya semakin panas. Selepas isu ini berlegar-legar dalam cakap-cakap di internet selama hampir lebih kurang sebulan, tuan empunya badan yang baru kembali daripada menunaikan haji di Makkah telah menafikan dakwaan dan seterusnya mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti untuk mendedahkannya.

Apapun,kurang 24 jam selepas penafian Adun terbabit,pihak yang selama ini galak menabur peluru kosong telah mula bersandiwara bagi menguatkan hujah mereka,malah bagi mereka Adun Pas itu telah dianggap bersalah,tanpa ada mana-mana mahkamah menjatuhkan hukum.Begitulah seronoknya mereka membuat tuduhan demi tuduhan,kononnya mempunyai bukti-bukti yang kukuh,namun sehingga kini langsung tiada bukti yang jelas dan kukuh mampu diterima oleh akal yang waras mengenai dakwaan mereka.

Pertamanya,dakwaan tersebut cuma berlegar di dalam ruang Facebook dan jalur-jalur blog pro-Umno, langsung tiada laporan rasmi daripada akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Mereka seolah-olah tidak ghairah untuk mendedahkan isu ekslusif ini,berkemungkinan mereka sedar bahawa isu ini fitnah kosong semata-mata,dan mereka bimbang jika mereka melaporkannya,mereka bakal menghadapi satu lagi saman yang tidak mampu lagi mereka tanggung setelah mereka sendiri rugi besar tahun lalu.Untuk rekod,Utusan Malaysia cuma menyiarkan berita ini setelah berlakunya penafian terbuka Adun Selising terhadap fitnah tersebut.Boleh baca laporan Utusan Malaysia "Dakwaan Saya Berzina Fitnah Besar, Khianat" .
Apapun,laporan itu dianggap terkebelakang dalam isu ini yang telah mula disiasat oleh akhbar harian Sinar Harian yang menemuramah sendiri Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan,Nik Amar Nik Abdullah yang menafikan tuduhan Adun Pas berzina di bawah tajuk "Tiada Adun Khalwat".Menurut Nik Amar,secara peribadinya beliau tidak begitu mempercayai laporan blog yang dilihat banyak menyebarkan fitnah.Di sini penulis merasakan kenyataan Nik Amar itu tepat dan bijak serta tidak melatah.Hal ini kerana beliau sendiri tidak mengetahui pokok pangkal dakwaan tersebut,selain memberi peluang kepada tuan empunya diri yang masih berada di Tanah Suci ketika itu menjawab sendiri fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.

Apapun,bukan itu yang menarik perhatian kita semua.Tetapi mengenai seorang yang bernama Saidi Hussin,yang kononnya "saksi utama" dalam kes zina Adun Selising tersebut.

SANDIWARA NADI RAKYAT DAN SAIDI HUSSIN
Kurang 24 jam selepas penafian Adun Selising tersebut,satu sandiwara yang maha hebat telah berlaku. Kononnya,terdapat sebuah kereta telah bertindak merempuh kereta saksi utama,Saidi Hussin yang menyebabkan dia pengsan dan tidak sedarkan diri.
Saidi Hussin dengan machonya
menunjukkan keretanya yang remuk
Sebelum kita memberi komen mengenai gambar di atas,di bawah penulis lampirkan status si pemfitnah Papa Gomo di facebooknya:

Gomo,Azmy dan Pas Beruk sampai di Pasir Putih malam ini bertujuan untuk menyampaikan berita PANAS kepada semua isu Adun Selising yang ZINA!

Nampak?Pada hari kejadian,si pemfitnah itu memang ada di Pasir Puteh bersama rakan-rakannya.

Okay,berbalik kepada gambar di atas,penulis ingin membawa kita semua kepada gambar kereta di atas.
Sila lihat tahap kerosakannya yang remuk teruk di bahagian pintu pemandu dan pintu belakang sebelah kanan.
cermin bahagian pemandu
pecah kesemuanya
remuk teruk
Ini mangsa kemalangan
yang terkena sepihan cermin
Gambar di sebelah adalah gambar satu mangsa kemalangan yang terkena sepihan kaca di muka dan menusuk ke dalam mata.Inilah logiknya seseorang yang benar-benar dilanggar dan terlibat dalam kemalangan.Persoalannya sekarang,apakah kecedaraan yang berlaku pada si Saidi ini?Lihat,langsung TIADA kecederaan di mukanya akibat serpihan cermin keretanya yang pecah walhal keretanya remuk teruk.Atau,adakah si Saidi ini memakai helmet di dalam kereta sehingga tiada langsung kecedaraan di mukanya seperti orang-orang yang benar-benar terlibat dalam kemalangan.

Seterusnya,lihat pula kadar keremukan kereta tersebut.Dianggarkan bahawa kereta tersebut dihentam kuat di bahagian pemandu yang mana,jika tidak kena pada tempatnya pemandu kereta tersebut mungkin akan cedera parah dan kalau nasib tidak baik,ajal boleh menjemput.Tapi Saidi?

Dia cuma pengsan tanpa apa-apa kecederaan.Wah,memang kebal juga si Saidi ini.Satu lagi,jika kita perasan mengenai peribadi Saidi ini,dia bersikap kekampungan.Perhatikan pula pada kereta Viva tersebut.Sebiji gaya sebuah kereta yang dipakai oleh orang yang berumur 20-an di mana kereta tersebut dimake-up dengan cantik sekali.Persoalannya,adakah benar Saidi ini benar-benar dilanggar?

Seterusnya,kalau benar kereta ini dilanggar,mengapa kereta tersebut boleh dibawa pulang ke rumahnya? Mengapa tidak dibawa ke bahagian forensik IPD Pasir Puteh kerana ini kes langgar lari?Ataupun sekurang-kurangnya ditunda terus ke bengkel berdekatan.Adakah anda tidak berasa pelik?

SANDIWARA KEDUA DI TENGAH MALAM

Perlu diingatkan,ketika sandiwara ini berlaku,para bloggers Umno tersebut berada di Pasir Puteh.

Selang beberapa jam selepas itu,ketika jam lebih kurang jam 11 malam,Saidi didakwa telah ditetak oleh tiga lelaki yang tidak dikenali dengan parang dan dia telah membuat laporan di balai polis.Ini adalah berdasarkan status Papa Gomo yang mengatakan dia bergegas ke balai polis untuk melawat Saidi yang telah ditetak.

Menurut Saidi,ketika itu dia baru pulang ke rumah menaiki motorsikal sebelum diserang oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali.(Wah,petang tadi pengsan dilanggar,malam boleh keluar berjalan-jalan seperti tiada apa yang berlaku).Persolannya,adakah benar Saidi benar-benar ditetak?

ADAKAH BENAR SAIDI HUSSIN BENAR-BENAR DITETAK?

SESIAPA NAK TAHU CITA BETUL ATAU FITNAH CALL BALAI2 NI TANYA ADA TAK KES TETAK KONONNYA 09-7867355. Balai Polis Pasir Puteh, 09-7867222. Balai Polis Semerak, 09-6910322. Balai Polis Selising, 09-7891222 ...
AKU CALL OCPD JALIL BIN TALIB DIA GELAK BESAR DAN MARAH SIKIT CITA BOODH NI hahahaahahahahahah


Umno Makin Tenat MAKLUMAT TERBARU KERETA DLM GAMBAR TU MEREKA SEWA KAT BENGKEL BAIK PULIH KERETA2 KEMALANGAN UTK BERGAMBAR SAHAJA hahahaahahahahahahahah KANTOI MAKLUMAT PDRM

ANDA MAHU KEPASTIAN?ADAKAH BENAR ADA KES LANGGAR LARI DAN SAIDI HUSSIN YANG DITETAK?HUBUNGI SEGERA BALAI POLIS PASIR PUTEH UNTUK KEPASTIAN.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:46 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III