Ketuanan Melayu, mengikut takrif Ibrahim Ali

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar pertamanya - mempertahankan ketuanan Melayu - setelah diserang sakit jantung pada pertengahan Oktober lalu.



pkr congress 281110 wan azizahKali ini, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu membidas ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu, minggu lalu yang mencadangkan konsep ketuanan Melayu dihentikan jika bangsa Melayu ingin maju.

Menurut Wan Azizah, ketuanan Melayu seringkali disalah-guna oleh sekumpulan kecil golongan elit Melayu manakala hakikatnya kelas pertengahan Melayu terus bergelut dengan kemelut ekonomi.


Dalam kenyataannya yang bertajuk 'Manusia mempunyai sejarah dan tanpa sejarah manusia itu adalah kosong', Ibrahim berkata ketuanan Melayu adalah slogan yang dicipta bagi menyatukan Melayu dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Melayu diiktiraf

NONE"Justifikasi ketuanan Melayu menjadi satu hak apabila ia diperkuatkan dengan ditulis dan dimuliakan seperti termaktub di dalam Perlembagaan. Ketuanan Melayu bukan sesuatu yang dipetik dari langit tetapi telah terbukti dalam evolusi sejarah negara kita.
"Sebelum datangnya, penjajah, Persekutuan Tanah Melayu telah lama wujud. Ia mempunyai kedaulatan Kesultanan Negara-negara Melayu di mana kerajaan mereka mewakili jajahan sendiri.
"Kerajaan itu mentadbir dan mengembangkan peraturan sosial, ekonomi dan kebudayaan dengan diselitkan dengan nilai-nilai fundamental Islam yang kukuh.

"Paling penting, norma-norma Melayu yang diamalkan mengikut undang-undang lazim memperkuatkan hak Melayu dan bumiputera sebagai 'tuan' di Tanah Melayu. Malangnya, slogan itu disalah-anggap sebagai hubungan 'tuan' dan 'hamba', “ kata Ibrahim.

NONESambil menyingkap sejarah bangsa Melayu di Malaysia, Ibrahim berhujah bahawa Melayu tidak sepatutnya bersikap apologetik atau meminta maaf mengenai ketuanan Melayu, ataupun menganggapnya sebagai kelemahan Melayu.

"Kita mesti berpegang pada semangat dan kepercayaan ketuanan Melayu adalah untuk kita mara ke depan bagi membuat perubahaan dan mencapai kemajuan bermaruah dalam semua bidang.

"Kita mempunyai perjuangan dan perjuangan kita ini adalah wajar kerana ini adalah Tanah Melayu kita,” katanya lagi.
Tidak dialu-alukan

Ibrahim juga berkata konsep ketuanan Melayu telah diinstitusikan melalui Perkara 152 dan 153, Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ini sengaja dimasukkan oleh pemimpin terdahulu agar orang Melayu tidak mengalami nasib yang sama dengan penduduk pribumi di Amerika Utara.

NONENamun, katanya hak etnik lain juga diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sikap “toleransi dan penerimaan kita (orang Melayu)."
Bagaimanapun dalam menjelaskan bagaimana pendatang bukan Melayu dibawa masuk ke Malaya oleh penjajah Inggeris, Ibrahim berkata: “Mereka tidak dialu-alukan”.

Ibrahim, yang dikenali begitu lantang sebelum ini, tidak aktif sejak 16 Oktober lalu. Beliau terpaksa menjalani pembedahan pintasan jantung pada 18 November lalu dan keadaan kesihatannya dilapor memuaskan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:04 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III